Saturday, November 28, 2015

BN Pinggirkan Wanita

Johari Seman     11:04:00 AM    

PETALING JAYA, 27 NOV : Barisan Nasional (BN) masih gagal melaksanakan polisi mesra wanita dalam meningkatkan kualiti golongan itu meskipun lebih 50 tahun memerintah negara.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, berkata keadaan itu bertambah malang apabila Bajet 2016 lalu meminggirkan pembangunan wanita sebanyak -11.58 peratus dalam perbelanjaan keseluruhannya.
“Lebih mengecewakan kemerosotan dalam anggaran perbelanjaan pembangunan iaitu -43.93 peratus yang tidak memungkinkan kedudukan wanita Malaysia dalam dan luar negara dilonjakkan.
“Ia membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah hipokrit kononnya wanita akan diperkasakan dan mempunyai peluang sama rata dalam pelbagai sektor,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Ucapan Dasar Ketua Wanita KEADILAN sempena Kongres Nasional di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.
Zuraida berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga tidak berdaya mempertahankan polisi dan pendirian untuk memartabatkan kehidupan golongan itu.
Justeru, katanya ini adalah masa terbaik menyeru pengundi wanita menolak kerajaan BN khususnya Najib yang terpalit pelbagai skandal sejak menjadi Perdana Menteri.
“Ini menjadi cabaran unggul bagi wanita KEADILAN menyalurkan fakta dan menyebarkan kebenaran kerana jika dibiarkan, ia akan menyulitkan masa depan anak dan cucu cicit kita.
“Kita harus merancang cara menandingi medium propaganda BN melalui media arus perdana dengan merangka pendekatan kreatif dan berkesan,” katanya.
-nR-

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .