Wednesday, December 16, 2015

Arab Saudi Tubuh Pakatan Tentera Negara Islam Perangi IS

Johari Seman     8:24:00 PM    


DUBAI — Arab Saudi semalam mengumumkan pembentukan sebuah pakatan tentera melibatkan 34 negara Is­lam bagi memerangi keganasan, menurut satu kenyataan bersama yang disiarkan agensi berita rasmi,SPA.

"Negara-negara ini memutuskan untuk membentuk sebuah pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi bagi memerangi keganasan dengan sebuah pusat operasi bersama di Riyadh untuk menyelaras operasi ketenteraan," kata kenyataan itu.

Pakatan itu melibatkan Arab Saudi, Jordan, Emiriyah Arab Bersatu, Pakistan, Bahrain,
Bangladesh, Benin, Turki, Chad, Togo, Tunisia, Djibouti, Senegal, Sudan, Sierra Leone, Soma­lia, Gabon, Guinea, Palestin, Comoros, Qatar, Cote d'lvoire, Kuwait, Lebanon, Libya, Maldive, Mali, Malaysia, Mesir, Maghribi, Maurita­nia, Niger, Nigeria dan Yemen.

Menurut kenya­taan sama, pakatan diketuai Riyadh itu bertanggungjawab untuk melindungi negara Islam daripada kejahatan kumpulan dan organisasi penggaftas tan- pa mengira nama atau mazhab mereka.

Negara Islam Syiah, Iran yang merupakan seteru Arab Saudi di dunia Arab tidak menyertai
pakatan itu selepas kedua-dua negara terlibat dalam perebutan kuasa di rantau Arab dari Syria hingga ke Yemen.

Sebelum ini, Amerika Syarikat lantang meminta negara Teluk Arab membantu kempen ke­
tenteraan menentang kumpulan militan Islamic State (IS) yang berpangkalan di Iraq dan Syria.

Dalam satu sidang akhbar semalam, Timbalan Putera Mahkota dan Menteri Perta- hanan Arab Saudi, Mohammeddin Salman memberitahu wartawan bahawa pakatan keten­teraan itu bagi menyelaraskan usaha memerangi keganasan di Iraq, Syria, Libya, Mesir dan Af­ghanistan tanpa memperincikan bagaimana kempen ketenteraan itu akan dilaksanakan.

"Akan ada koordinasi antarabangsa dengan kuasa-kuasa besar dan organisasi antarabangsa dalam aspek operasi di Syria dan Iraq.

 Kami tidak boleh melakukan operasi ketenteraan tanpa sokongan masyarakat antarabangsa," katanya.
Ditanya sama ada perikatan baharu itu akan hanya memberi tumpuan kepada IS, beliau berkata, pakatan ke­tenteraan itu akan menangani sebarang organisasi pengganas yang menganeam dunia Islam. - Reuters

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .