Tuesday, December 15, 2015

Bangkitlah Menentang Pemimpin Yang Kedarah Dari Hasil Kita

Johari Seman     12:24:00 PM    


Kalau Cina yang jadi petualang di negara ini rasanya tidak ramai yang berkisah,kerana kaum cina dahulunya memang petualang negara dengan menjadikan perjuangan komunis sebagai landasan menarik Melayu jadi penderhaka kepada pemerintah.

Itu cina dizaman dahulu,Cina sekarang tidak lagi seperti dahulu,kaum mereka berperanan memainkan jarum halus dalam politik Melayu apabila terbuktinya kejayaan memecah belahkan PAS sehingga tertubuhnya AMANAH.

Tidak hairan itu berlaku,kerana Melayu sengket kebendaan,jadi peluang yaang ada digunakan oleh Cina secukupnya.

Hari ini UMNO ada dua kumpulan,satu kumpulan mengajak gulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Satu kumpulan lagi mengajak pertahankan Najib kerana Najib adalah presiden parti.

Dua kumpulan dilihat tidak akan bersatu walaupun dalam bekas yang sama.

Sayang sungguh di saat Melayu lemah,ketua-ketua Melayu pula berbalah sakan,kedua-kedua kumpulan ini pula semuanya menyatakan mereka berjuang kerana rakyat,rakyat pula ramai yang kebulur di desa dan dikota.

Meraka ini dapat banyak laba atas nama rakyat,rakyat pula setiap hari membanting tulang,otak dan rasa untuk sesuap nasi.

Inilah politik akhir zaman apabila kebendaan dan pangkat menjadi keutamaan,rakyat pula hanya dijadikan landasan untuk mereka mengambil segala laba demi kepuasan waktu pencen tiba.

Cukupkah kita dengan segala ini,sedangkan kita tertekan dengan segala kos,tertekan dengan segala uji coba yang ditayang oleh pemimpin.

Percayalah,setiap langkah rakyat tiada yang free walaupun subsidi,tapi rakyat tanggung gaji depa termasuk tol dan segala macam laba yang depa dapat.

Subsidi yang kita dapat hanya berapa sen,apa lagi orang kampung yang hanya berlauk ikan sardin,ikan masin,telur goreng,celor pucuk ubi kayu.

Subsidi yang dinamakan atas rakyat,pedatang asing yang banyak sebat,orang kaya raya yang banyak rembat.

Dengan sendirinya,jadilah orang desa sebagai deposit kemenangan kepada parti pemerintah dan pembangkang,sampai bila kita asyik menjadi pemberi sedekah kepada parti yang serakah.

Orang kampung,orang desa,sekarang ugutlah pemerintah dan pembangkang,kerana kamulah yang berkuasa dalam menentukan kuasa yang ada pada setiap tangan petualang yang berkuasa.

Jangan biarkan depa selesa,kita teraba-raba mencari arah untuk bahagia.

Wahai bangsaku,ketahuilah kamu,kitalah raja dalam mementukan naik turun kuasa depa,kenapa kita tak berani berupa dengan rupa sebenar,masih lagi berpura-pura dan sampai bila sanggup digula-gula.

Kalau Shafie Apdal bersuara beliau tidak mahu kuburnya dikencing,tapi berapa ramai rakyat yang dikencingnya.

Najib pun tak mahu rakyat kencing atas kuburnya,tapi pernahkah hangpa semua tanya berapa ramai sudah rakyat kena kencing dengan Najib.

Muhyiddin Yasin pun begitu juga,cuba tanya hati dah berapa ramai rakyat yang dikencing beliau.

Mahthir juga serupa,tak mahu dikencing rakyat diatas kuburnya,tapi dah berapa juta rakyat di kencingnya selama 22 tahun memerintah.

Sekian lama sudah kita dikencing ramai pemimpin peringkat tinggi dan rendah,kini sampailah masanya kita pula yang kencing semua pemimpin yang berlidah biawak dengan kata-kata yang penuh madu menjual nama perjuangan kerana rakyat.

Jangan bangga dengan apa yang diberi oleh pemimpin,kerana depa kebas lagi banyak sehingga 10 keturunan pun belum habis dimakan.

Bangkitlah wahai rakyat desa dan kota,kita tertekan kerana depa sibuk jual nama kita,apa yang kita dapat segala kos kehidupan meningkat.

Depa pemimpin pula sibuk menyetakan mereka membela rakyat,namun kita rakyat ramai yang merempat.

Depa boleh kebas sana kebas sini,kita asyik sembah pohon getah yang tak sampai RM2 sekilo.

Kita sembah kelapa sawit,sembah pokok padi,sembah segala yang datang rezeki demi anak-anak dan masa depan mereka.

Bangkitlah menentang semua pemimpin yang asyik menjual nama rakyat,kerana mereka kedarah semuanya dari hasil kita.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .