Tuesday, December 15, 2015

Kaum India Merunggut Dengan Sikap Pemimpin BN Selangor

Musang Maya (Nur Shila)     2:45:00 PM    



Penulis:Peluru Cyber
Email:pelurucyber@gmail.com


Runggutan kaum India dalam Parlimen Shah Alam semakin kedengaran apabila kaum mereka terasa dipinggirkan oleh pemimpin tempatan dan persekutuan.

MIC Shah Alam dilaporkan tidak endah dengan nasib mereka sehingga tiada tempat untuk mereka mengadu masalah selain kepada pakatan rakyat yang kerap ziarah dengan pelbagai buah tangan.

Cinta kepada BN masih menebal,namun sikap acuh tak acuh pemimpin dari BN membuatkan mereka tawar hati.

Muthu Samy ,45, bapa kepada 5 anak yang sedang belajar ketika bercakap kepada Selangor POST berkata;selepas PRU13 dia tidak pernah dapat bercakap dengan mana-mana pemimpin BN dalam kawasan Shah Alam termasuk dari kalangan pemimpin UMNO apa lagi perhubungan negeri.

"Beliau kesal dengan sikap pemimpin BN dalam Shah Alam yang mengabaikan kaum India seolah-olah kaum India tidak diperlukan.

"Dalam keadaan BN tenat untuk merampas Selangor sepatutnya usaha berganda dilakukan,namun ianya dilihat tidak berlaku sehingga kesempatan di monopoli oleh kerajaan pimpinan Azmin Ali,katanya.

Dalam pada itu,Muthu Samy yang bergantung penuh kepada hasil sebagai pemandu Teksi di lembah Klang juga turut mencemuh tindakkan MIC yang mengutamakan kasta dalam menentu hala tuju parti itu,walhal golongan berkasta paria yang banyak memberi undi kepada mereka samada pemilihan MIC atau pada PRU.

Muthu Samy juga turut menyentuh keadaan UMNO Bahagian Shah Alam yang jauh bezanya pada ketika Ahmad Nawawi Md Zin ,Katanya; semasa Ahmad Nawawi Ketua Umno Bahagian Shah Alam,masyarakat India Shah Alam sering berprogram dengan beliau,malah Ahmad Nawawi sendiri juga turut kerap bertanya khabar kaum India terutamanya di sekitar seksyen 7 Shah Alam.

"Kini suasana itu tidak wujud lagi setelah Ketua UMNO Bahagian Shah Alam di pikul oleh Azhari Saari,tambanya.

Mengambil inti pati dari runggutan itu,BN Shah Alam tidak akan berjaya merampas  Parlimen dan DUN dari Pakatan Rakyat pada PRU14 nanti.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .