Monday, December 7, 2015

Kenapa Tak Benar Muhiyyiddin Pengcut Berucap Di PAU 2015?

Johari Seman     8:30:00 AM    


So hari- hari dengar persoalan mengapa dan kenapa tidak membenarkan Muyiddin Yasin berucap di perhimpunan Agung Umno.

Rasa mual dah dengar bab sama hari-hari macam tiada berita lain dalam negara ini,ada pula membuat andaian yang Najib penakut dan takut dibalun cukup-cukup oleh Muyiddin.

Kuat sangatkah Muhyiddin nak balun Najib,sedangkan dia sendiri malas buat kerja semasa ada jawatan,dah kena pecat sibuk pula menjelajah dengan pelbagai forum kononya nak pertahan UMNO.

Kalau nak pertahankan UMNO bukan dengan cara itu,cara Muhyiddin sebetulnya nak hancurkan UMNO kerana secara tidak langsung menggalakkan rakyat membenci sekali gus tidak memberi undi pada UMNO.

Nak tak nak Muhyiddin Yasin kena terima bahawa dia adalah manusia yang gagal menjalankan tugas semasa pegan jawatan TPM sehingga para kaki tangan pendidik naik meluat dengan polisi yang dibuat oleh beliau.

Hari ini kenapa pula sibuk berjuang atas alasan nak pertahankan UMNO.padahal dia sendiri menjadikan wadah politik terbesar Melayu jadi tidak menentu.

Rasanya elok bagi di aberucap pada perhimpunan Agung UMNO nanti biar para pendengar boleh nilai isi hati busuk Muhyiddin.

Najib dan yang lain tak payah takut kepada harimau yang hilang taring dan kuku,sebab mereka hanya mangaum sahaja lebih,tapi bisanya tidak sebisa mana.

Ura-ura untuk tidak membenarkan Muyiddin Yasin berucap jika benar-benar terjadi ia mengambarkan bahawa pentadbiran di bawah Najib di penuhi oleh orang-orang penakut.

Tak percaya nanti tengoklah siapa yang kena tibai,kalau bukan Najib.Tak mahu kena tibai berilah Muhyiddin Yasin berucap.biar dia berucap dan biarlah dia nak cakap apa pun kerana rakyat sendiri tahu siapa Muyiddin pengecut itu.

Najib dikenali sebagai manusia pemberani hadapi segala rintangan,tapi mengapa ada pula pihak Menghalang Muhyiddin berucap.Pihak inilah sebenarya akan memberi title baru kepada Najib dengan gelaran pengecut.

Najib kena berkeras dengan kumpulan yang mahu memberi malu kepadanya,tidak membenarkan Muhyiddin berucap adalah satu anugerah baru  kepada Najib,kerana rakyat khasnya ahli UMNO akan gelar Najib sebagai perdana menteri pengecut dan sebagainya.

Orang yang cuba menghalangnya itu adalah musuh sebenar Najib..Apa alasan sebenarnya untuk tidak membenarkan Muhyiddin Yasin berucap,kalau benar IMDB tidak bermasalah dan derma RM2.6 bilion itu buka dari 1MDB nak takut buat apa.








0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .