Tuesday, December 8, 2015

MAHATHIR ,MUHYIDDIN,SAFIE APDHOL JANJI HADIR PAU 2015

Johari Seman     2:30:00 AM    

Antara Perosak UMNO yang hadir mendengar ucapan bapa-bapak perusak negara
di dewan sultan sulaiman kg baru kuala lumpur


Ketika berucap di kelab sultan sulaiman Muhyiddin Yassin menyatakan beliau ,Tun M dan Safie akan hadir pada perhimpunan Agung UMNO yang bermula hari ini.

Beliau tidak menyatakan hari keberapa mereka bertiga akan datang keperhimpunan parti Melayu terbesar yang berlasung 8-12 desember 2015.

Dalam ucapan Muhyiddin masih lagi menyatakan ketidakpusan hatinya tentang RM2.6 bilion sehingga ternampaklah kebodohannya apabila meminta saki baki wang derma itu dikembalikan kepada umno.

Sementara itu beliau juga turut membangkitkan soal kos sara hidup rakyat meningkat dan menjadi runggutan rakyat,beliau juga turut memberi gambaran bahawa itu semua punca kegagalan kepimpinan Najib yang lemah.

Semasa beliau TPM tidak pula beliau berusaha untuk mengatasi kenaikan kos sara hidup,sedangkan pada waktu itu beliau seorang yang berkuasa.

Kini Muhyiddin Yassin menggambarkan sesuatu yang tidak baik seolah-olah beliau tidak pernah ada dalam kepimpinan negara.

Sementara itu Mahthir pula tak habis-habis mengkritik 1MDB sebagaimana biasa,hal Mahathir kritik 1MDB rasanya tidak perlu penulis ulaskan kerana berkisar kepada apa yang telah diucap berulang kali.

Mahathir juga ada menyentuh mengenai derma RM2.6 bilion,beliau turut memberi bayangan setiap apa yang hendak dibuat oleh kerajaan hari ini mesti dilaporkan kepada beliau,soalnya dia kini hanya kucing kurap.

Pada perhimpunan yang diadakan di kelab sultan sulaiman malam tadi,kumpulan kecewa memberi target hanya 500 orang yang hadir,tapi mereka bangga kerana kehadiran dikira lebih dari yang dijangka.

Penulis nak bagi tahu,kehadiran seramai itu hanya setaraf dengan presiden parti Amanah negara,iaitu Mat Sabu.

Kalau dah sama kehadiran semasa mat sabu ceramah dalam AMANAH Negara,apa rupanya sedang Muhyiddin,Mahathir dan Safie Apdhol bukanya bekas ketua cawangan atau bekas segala bekas dalam perjuangan politik, sebaliknya meraka Mantan PM,mantan TPM dan mantan Menteri.

Kalau hanya 700 hadirin ia dikira gagal,kerana selama ini ketiga-tiga dari kumpan pelawak kecewa itu bukan calang-calang dalam negara,dan sebelum ini mereka inilah yang mendakwa ramai pengikut,rupanya hanya mimpi dalam mimpi mencari fatamorgana.

Jadi ,untuk menguatkan sokongan mereka,Mahathir terus mempersoalkan siapakah yang memberi derma RM2.6 bilion itu  berulang-ulang dengan alasan rakyat nak tahu.

Mahathir nampaknya tak reti bahawa percakap melayu,sedangkan selama ini diterangkan Najib tak leh bagi tahu siapa yang derma itu atas sebab perjanjian.


Penyokong-penyokong yang hadir mendengar ceramah Muhyiddin dan Mahathir adalah mereka yang sudah ditipu hidup-hidup oleh Mahathir dan Muhyiddin.

Maklumat terkini,Safie Aphdol pula dikatakan akan uturn setelah Muyiddin Yassin dipecat dari menjadi ahli Umno selepas keputusan yang akan dibuat dalam mesyuarat MT akan datang,selewat2nya 3 bulan lagi.




0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .