Wednesday, December 16, 2015

Orang Ramai Bunuh Perogol

Johari Seman     12:32:00 AM    



Brazil: Seorang  mekanik, Gilmarcam Messine @ Gil, 24, dituduh merogol dan membunuh Kevelin de Souza, kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di daerah VilaMaria, bandar Vargem Alta, Espírito Santo, Brazil.
Mayat Kevelin ditemui di bengkel dimana Gil bekerja dalam keadaan telanjang. Pada mayatnya terdapat  tanda-tanda keganasan seksual dan terdapat kesan cekikan dilehernya.
Setelah berita itu tersebar, segerombolan penduduk, kira-kira 100 orang dari kejirananCastelinho, 3km dari tempat jenayah yang dikatakan berlaku, bertindak menangkap Gil dan diarak ke jalan raya.

Tiada bukti kukuh yang menjurus kepada Gil sebagai pelakunya, Malangnya dia berada pada tempat dan masa yang salah. 

Sadisnya, tanpa melalui proses perundangan, penduduk bertindak menuntut keadilanditangan mereka sendiri dengan memukulnya hingga mati.

Video ini mungkin akan menyentuh sensitiviti! (kalau ada lemah semangat dinasihatkan.. tak payah ler tengok)

Maaf, kualiti tak berapa nak bagus...  

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .