Wednesday, December 23, 2015

PAS Umno Berhentilah Jadi Anjing dan Kucing

Musang Maya (Nur Shila)     9:36:00 PM    

Sekilas waktu tidak sama dengan silam nan berlalu penuh nostalgia antara cerita duka luka lama, namun pastinya yang manis lebih dikenang oleh setiap insan biarpun kekadang ia lapuk ditelan zaman.

Begitulah kisah perjalanan antara dua buah parti orang Melayu yang tidak ada perbandingan dialam Melayu ini

Parti PAS yang dipimpin oleh para pemimpin yang gemar menampilkan aura islamik melalui pakaian dan tutur kata yang kadang-kadang melampau batas nas-nas akal manusia apabila mengasak musuh politiknya kini dilihat sebagai boneka yang diterajang dalam pakatan yang dibentuk untuk memerintah Selangor.

Jika PAS terdiri ahli-ahlinya yang majoriti berbangsa Melayu dan beragama islam serta kaum lain yang beraqidah sama dengan para pemimpinya sebagai sebuah parti yang benar seperti dilaungkan melalui dasarnya yang menutamakan Islam,Islam pula mengutamakan Ukhuwah setiap Insan dijaling sepanjang hayat selagi belum kiamat patut melihat perhubungan mereka dengan UMNO.

Terbukti jelas jika mahu menjadi ahli PAS mesti berugama Islam,dan kalau mahu menjadi ahli kelab penyokong PAS ianya terbuka kepada semua kaum.

UMNO pula satu parti yang majoritinya terdiri dari bangsa Melayu yang beragama Islam, namun ada juga kaum lain di Sabah dan Sarawak yang menjadi ahli UMNO.

Jika dicerminkan usulnya disinilah ada titik persamaan antara dua parti orang Melayu yang lama bertapak di bumi 1 Malaysia yang didiami oleh kaum-kaum lain tanpa rasa gusar dengan keselamatannya kerana kerajaan yang ada hari ini juga mengutama kaum lain termasuk dalam soal pendidikan supaya semua rakyat tidak tercicir.

Biarpun matlamat dan dasar perjuangan tidak sama,kalau sama sudah pasti parti-parti ini bergabung dalam satu wadah dan tidak wujud pula dua nama berbeza.

Benar PAS dan UMNO pernah bergabung dan ia juga mampu bertahan cukup lama untuk menjadi sejarah baik bersama yang boleh dinilai semula untuk kebaikan semua umat Islam negara ini demi ukhuwah yang dituntut oleh Islam.
Selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei, Allahyarham Tan Sri Asri Haji Muda sebagai Presiden PAS dan bekas Menteri Besar Kelantan ketika itu telah diundang oleh Allahyarham Tun Abdul Razak untuk membentuk kerajaan campuran. 

PAS seterusnya, bersama-sama PPP dan Gerakan turut serta di dalam penubuhan Barisan Nasional. Allahyarham sendiri menjadi Menteri Persekutuan. Ketika di dalam BN, 

Allahyarham Tan Sri Asri Haji Muda telah berjasa dalam mencari tempat untuk pelajar-pelajar kita di luar negara berikutan dasar pendidikan yang agresif selepas pengenalan DEB oleh Tun Abdul Razak, 

Allahyarham Asri Muda memainkan peranan penting di dalam menggunakan pengaruhnya di Timur .

Tengah untuk mendapatkan tempat bagi pelajar-pelajar perubatan. Ini adalah bukti bahawa BN pernah menyediakan peluang kepada parti-parti komponen termasuk PAS untuk berkhidmat melalui jawatan yang diberi demi prinsip perkongsian kuasa dalam kerajaan pusat.
Kita minta hati pemimpin-pemimpin kita dibukakan Allah dan dapatlah mereka semua duduk semeja dan berbincang tentang politik dan masa depan Melayu yang semakin hari semakin kelam. 

Dalam politik, walau apa yang berlaku di antara kedua-dua parti ini, yang menang adalah ahli-ahli politik dan yang sentiasa kalah adalah rakyat yang jadi penyokong parti-parti mereka.

Tidakkah kita sedar bahawa ada tangan-tangan ghaib yang melagakan kita sesama Melayu-Islam? Tidakkah kita melihat bahawa apa yang sedang berlaku ini melemahkan bangsa dan agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa ada bangsa-agama lain yang sedang mentertawakan kita sambil mendapat faedah dari kecelaruan fikiran dan permusuhan sesama kita?

UMNO dan PAS harus melakukan sesuatu yang positif kearah ini. Kita sesama Melayu. Kita sesama Islam. Bersembahyang menghadap kiblat yang sama. Kenapa ada permusuhan? 

Kenapa kita terlalu menonjolkan perbezaan? Bukankah kita patut mencari sebanyak mungkin persamaan? 

Kita bergerak atas satu garisan dari berbagai penjuru. Kita menuju ke satu perbarisan, di mana ada titik noktah di situ kita bertemu dan berhenti.
Berhenti mengata sesama sendiri amatlah penting kerana itu semua menguntungkan musuh kita dalam banyak pekara.

Kata mengata sesama Islam memberi peluang luas kepada musuh politik terutamanya musuh agama mempengaruhi minda anak muda Islam.

Yang rugi itu siapa kalau bukan bangsa dan agama yang tercinta ini....



0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .