Sunday, December 6, 2015

Pedatang Remaja Maut Dilanggar

Johari Seman     11:24:00 PM    

Gambar Hiasan-

LILLE: Seorang pendatang remaja meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah van di atas sebatang lebuh raya berhampiran dengan Channel Tunnel berhampiran Calais kelmarin, menjadi orang yang ke-18 meninggal dunia ketika cuba untuk pergi ke Britain dari pelabuhan utara Perancis sejak Jun.

Sebuah van telah melanggar remaja Sudan berusia 16 tahun di atas lebuh raya menghubungkan terowong dengan pelabuhan Calais pada lewat tengah hari, menurut perkhidmatan kecemasan.
“Satu siasatan polis telah dilancarkan,” menurut pihak berkuasa tempatan.
Kira-kira 200 orang telah berkumpul pada tengah hari kelmarin berhampiran Channel Tunnel dan telah cuba untuk menaiki kenderaan barangan yang besar sebelum dihalang oleh pasukan keselamatan, menurut seorang jurugambar AFP.

Kira- kira 4,500 orang, kebanyakannya dari Afrika Timur dan Timur Tengah, telah berkhemah di sekitar Calais di sebuah perkampungan kecil dikenali sebagai “hutan”, berharap akan sampai ke Britain. — AFP BEIRUT: Kumpulan Negara Islam ( IS) kelmarin telah menghantar di atas talian satu rakaman video kejam menunjukkan enam orang daripada askar kanak-kanaknya membunuh anggota tentera Syria yang dijadikan tahanan oleh pejuang jihad tersebut.

Bertajuk “Kepada Anak Lelaki Yahudi,” video yang dihasilkan dengan licik menunjukkan beberapa orang budak lelaki, yang kelihatan sebagai berusia di antara 10 tahun, mempelajari teks agama dan belajar untuk berlawan secara bersemuka.

Enam orang daripada budak lelaki itu telah dipilih oleh jurulatih mereka untuk “menghantar satu pesanan” kepada penentang IS dengan menghukum mati anggota tentera yang ditahan oleh kumpulan tersebut.

Program IS “Cubs of the Caliphate” menyediakan latihan agama dan ketenteraan secara tegas terhadap kanakkanak di seluruh kawasan kawalan kumpulan pejuang jihad di Syria.
Walaupun askar kanakkanak biasanya digunakan untuk mengawal pusat pemeriksaan atau mengumpulkan maklumat perisikan, IS telah semakin kerap menggunakan mereka untuk menghukum mati tahanan.

Di dalam video, setiap seorang daripada enam budak lelaki terpilih telah dilihat berlari secara individu me- lalui runtuhan kubu, dengan muzik dramatik dan rakaman aksi kabur, sehingga dia menemui seorang tahanan.

Rakaman kelihatan di mana setiap tahanan memberikan nama, tarikh kelahiran mereka dan menyatakan peranannya dalam pasukan keselamatan atau dalam militia prokerajaan.
Budak lelaki itu kemudian ditunjukkan membunuh tahanan tersebut.

Lima orang tebusan telah ditembak hingga mati, dan seorang telah dikelar lehernya.
Pengenalan video tersebut menyatakan ia telah dirakamkan di “Wilayat al-Kheir,” nama IS bagi wilayah timur Deir Ezzor di Syria.

Menurut kepada kumpulan pemerhati Syrian Observatory for Human Rights, IS telah merekrut lebih daripada 1,100 orang kanak- kanak sejak awal tahun 2015, dan lebih daripada 50 orang telah terkorban.
“Apa yang mengejutkan adalah mereka tidak merahsiakannya, mereka telah menunjuk-nunjukkannya,” Nadim Houry, timbalan pengarah bagi Human Rights Watch di Timur Tengah dan Afrika Utara, memberitahu AFP pada awal tahun ini.

“Tindakan mereka menggunakan askar kanak-kanak adalah sebahagian daripada satu usaha indoktrinasi yang lebih meluas...Mereka masih menyebut mengenai bagaimana mereka akan menjadi generasi baharu.” — AFP

RABAT: Seorang wartawan Maghribi telah ditangkap bagi peranannya dalam sebuah dokumentari televisyen mengenai pengedaran kanabis di negaranya, menurut ketua bagi laman sesawang di mana dia bertugas kelmarin.

“Mohammed Drissi Kamili telah ditangkap pada Isnin lepas di rumah keluarganya di Casablanca,” Ali Amar dari laman sesawang ledesk. ma memberitahu AFP, sambil menambah bahawa dia telah dipindahkan ke penjara di Chefchaouen di utara Maghribi.

Beliau menyatakan Kamili tidak mengambil bahagian dalam rakaman atau suntingan dokumentari tersebut namun telah memberikan angka dan maklumat bagi dokumentari yang dihasilkan untuk Canal+ di Perancis, yang telah disiarkan pada 18 November.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .