Monday, December 7, 2015

Putus Telinga Digigit Beruk

Johari Seman     5:28:00 PM    



KUALA NERANG - Telinga seorang penoreh getah putus akibat digigit beruk dalam kejadian di Kampung Tandop Besar, Mukim Tekai Kanan disini, Jumaatlalu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Darus Endut, 75, kehilangan cuping telinga sebelah kiri apabila digigit beruk berkenaan

Menceritakan kejadian, Dams berkata, sebelum itu, dia melihat seekor beruk berada di belakang rumahnya lalu menghampiri haiwan berkenaan.

"Semasa saya mendekati beruk itu, ia tidak lari dan terlalu jinak. Paling mengejutkan ialah dia menarik tangan saya dan mengumt jari beberapa kali hingga saya berhasrat untuk membelanya.

"Bagaimanapun tidak lama kemudian, datang jiran saya dan memaklumkan kepada bahawa beruk itulah yang menggigit seorang dari jiran kami hingga mendapat rawatan di hospital. Selepas jiran saya memaklumkan berita itu,tiba-tiba beruk itu terus menerkam dan menggigit telinga hingga saya meronta-ronta untuk melepaskannya" katanya.

Darus berkata, dia bernasib baik kerana selepas lima minit, dia berjaya menarik tali di leher beruk itu tetapi telinganya terputus.

Katanya, jiran dan W anaknya turut memberibantuannamunbe- ruk itu cuba menerkamnya sekali lagi.
'Anak dan jiran terpaksa memukul beruk. Saya dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun selepas mendapat rawa­tan, saya difahamkan telinga saya tidak dapat disambung semula. Saya juga turut menerima enam jahitan di tangan dan hilang telinga kiri akibat bergelut dengan haiwan itu yang tiba-tiba mengamuk katanya.

-Sinar Harian

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .