Sunday, December 6, 2015

Rakyat Gagal Mencintai UMNO Kerana Pemimpin Hipokrit

Johari Seman     10:50:00 PM    



Penulis tergelak sakan membaca satu artikel yang disiarkan Kosmo hari ini ,artikel bertajuk 'Umno Tetap Parti Terbaik Untuk Golongan Muda' HANYA BOLEH DIANGGAP SEBAGAI PENYEDAP HATI penyokong UMNO khasnya para pemimpin diperingkat tertinggi.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek boleh cakap UMNO tetap menjadi parti terbaik untuk golongan muda dalam menyediakan platform kepada mereka memperkembangkan potensi "diri,  diluar negara,hakikatnya dalam negara UMNO dan seluruh kepimpinan parti sedang menghadapi mala petaka dalaman yang sukar dirungkai dengan kata-kata.

Dari cermin rakyat keseluruhan UMNO kini sedang mengalami kegagalan dalam sejarah tanah air akibat dari kerakusan pemimpin yang mahu menonjol dalam bidang masing-masing sehingga kerja buat dipertikai oleh rakyat,akibat dari itu pemimpin gagal mengambalikan kepercayaan rakyat berkaitan isu yang dialamani parti.apa yang rakyat tahu PRU 14 nanti UMNO patut dilingkupkan dengan kuasa undi sesuai dengan demokrasi dan tak perlu bising-bising menentang kereta kebal yang penuh peluru.

Sebagai seorang pemimpin Datuk Seri Ah­mad Shabery Cheek tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang tidak yakin seperti katanya,Saya tidak merasakan mere­ka (golongan muda) lari daripada UMNO,hakikatnya hari ini menteri golongan muda sendiri gagal mengembalikan sokongan golongan itu kepada UMNO berikutan kegagalan seluruh jentera penerangan di peringkat akar umbi.

Kita boleh lihat di Selangor,sejak Selangor dirampas oleh Pakatan Rakyat,UMNO masih kelabu dihati anak muda sehingga terpaksa Noh Omar membuat janji sekolah agama percuma jika BN memerintah Selangor.

Kuasa keyakinan pemimpin sendiri terhadap sokongan  UMNO boleh dilihat dari bawah hingga ke peringkat tertinggi,apabila terpaksa berperang dsama sendiri dalam parti Melayu terbesar negara ini.

Janganlah melahirkan sikap hipokrit,kerana rakyat kini muak dengan sikap topeng-topeng para pemimpin parti yang seketika dahulu menjadi pujaan Melayu.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .