Thursday, December 10, 2015

Timbalan PENGERUSI Tetap Umno Panas Telinga Dengar Sirah Rasul Dan Para Sahabat

Johari Seman     11:11:00 PM    




Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Mohamed Aziz yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor reti sirah para Rasul dan sahababat atau tidak?,kalau reti kenapa dia tegur Ustaz Fathul Bari menceritakan sirah para sahabat rasul ketika berucap menyokong usul dasar presiden dipersidangan agung umno hari ini.

Alasan takut orang keliru menunjukkan dia(Mohamed Aziz) yang keliru kerana selama ini para pemimpin dan penyokong parti terbesar orang melayu melalak perjuangan mereka adalah demi agama.

Amat malang bagi umno memiliki seorang timbalan pengerusi seperti Mohamed Aziz  yang terbawa-bawa perangai ketika  mengendalikan persidangan dewan  negeri.

Ucapan dalam persidangan agung umno bukanya seperti dalam dewan negeri wahai Mohamed Aziz.

Masa pemilihan nanti para perwakilan tolong jatuhkan Mohamed Aziz dengan kosong undi agar dapat memberi pengajaran pada yang lain.

Kami rakan-rakan terasa amat malu apabila seorang agamawan diperlakukan sebegitu rupa oleh Mohamed Aziz yang tak tahu rasa hati orang lain.

Majlis tertinggi UMNO tolong ambil tahu hal yang terjadi ketika ustaz fathul bari berucap, kerana air muka para perwakilan patut dijaga, lagi pun suasana persidangan agung umno bukanya seperti persidangan dewan negeri atau parlimen.

Jika pada pemilihan akan datang,para perwakilan masih lagi memilih Mohamed Aziz,maknanya perwakilan juga tak reti nilai betapa terlukanya anak muda yang cintai umno dan agamawan tanah  air.

Rasanya Mohamed Aziz panas telinga apabila mahathir, muhyiddin dan shafie apdal kena bedal teruk, kerana sebelum ini beliau pernah  menasihati Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO supaya tidak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Oleh itu,mulai hari ini para perwakilan yang berjanji setia bersama presiden parti boleh nilai antara lalang dan pokok padi.

andainya Mohamed Aziz masih dipilih pada penggal akan datang, ertinya para perwakilan dan seluruh ahli umno memang tak faham sirah.

dah tua-tua pun masih tak tahu cara menegur, maknanya akal memang ada masalah, jadi orang yang ada akal tapi bermasalah tak layak dipilih walaupun hanya untuk menjaga kambing.

ustaz fathul bari hanya memberi contoh bagaimana aishah binti abu bakar  radiallahu'anhu difitnah supaya mejadi pengajaran kepada umat islam.

jadi apa yang kelirunya dan siapa yang keliru????...

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .