Tuesday, December 15, 2015

UMNO:PR1MA Hanya Rumah Mampu Tengok

Johari Seman     11:20:00 AM    


SHAH ALAM, 15 DIS: Kenyataan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bahawa rumah Perbadanan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) hanya rumah ‘mampu tengok’ ekoran harganya tinggi diakui sendiri oleh seorang wakil Puteri Umno pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
Ketua Puteri Umno Gerik, Salbiah Mohamed, berkata rumah PR1MA yang bernilai antara RM100,000 hingga RM400,000 hakikatnya tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan sederhana.
“Ini bukan untuk golongan sederhana sebab itulah, kita selalu dengar orang cakap ‘itu rumah mampu tengok sahaja, yang mampu milik rumah dalam kubur,” kata beliau semasa membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2015.
Salbiah dipercayai merujuk kepada kenyataan Mohamed Azmin yang sering membidas Kerajaan Persekutuan kerana rumah mampu milik ditawarkan Kerajaan Persekutan masih pada harga tinggi sekaligus menyukarkan rakyat memiliki kediaman sendiri.
Mohamed Azmin dalam beberapa program pelancaran rumah mampu milik di bawah program Rumah Selangorku di sekitar Selangor, sambil membidas Kerajaan Persekutan beliau turut beberapa kali mengingatkan Kerajaan Persekutuan tidak menekan rakyat yang ingin membeli rumah sendiri.
Berbanding rumah PR1MA berharga setinggi RM400,000 rumah Selangorku hanya berharga serendah RM42,000 hingga RM250,000 sahaja.
Konsep perumahan Selangorku menyediakan empat jenis rumah iaitu A berharga RM42,000, B (RM120,000), C (RM180,000) dan D (RM220,000 hingga RM250,000).
Selain ditawarkan pada harga mampu milik, Kerajaan Negeri turut membantu pembeli yang tidak memiliki pendapatan tetap, tiada bukti pendapatan dan umur lanjut untuk memohon pinjaman melalui Skim Khas Pembiayaan Pembelian Rumah Selangorku.
Kesungguhan Kerajaan Negeri membantu rakyatnya memiliki kediaman sendiri turut terbukti apabila Kerajaan Negeri turut mengadakan skim sewa beli di bawah skim Dana Sel bagi memudahkan golongan tidak layak membuat pinjaman memiliki rumah sendiri.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .