Tuesday, December 15, 2015

Warga Asing Hantar RM5 Bilion Setiap Bulan Ke Negara Asal

Johari Seman     11:34:00 PM    




Sedarlah wahai anak negara ini yang asyik bergaduh tentang politik semasa,isu 1MDB,GST dan RM2.6 bilion.

Kebodohan rakyat negara ini menyibukkan diri dengan hal-hal tidak berfaedah menjadikan warga asing kaya raya.

Lebih RM5 bilion wang negara mengalir keluar setiap bulan berikutan tindakan pekerja asing yang bekerja di Malaysia menghantar wang pendapatan mereka ke negara masing masing.
Jumlah itu berdasarkan anggaran setiap seorang daripada kira-kira 6.7 juta pekerja asing di Malaysia menghantar pulang sebanyak RM746 daripada gaji bulanan mereka kepada ahli keluarga di negara asal.

“Terdapat seramai 2.1 juta pekerja asing berdaftar di Malaysia manakala anggaran pekerja asing tidak berdaftar ialah 6.7 juta orang.

“Jika wang RM5 bilion ini terus berada dalam sistem ekonomi negara tentulah lebih baik kerana ia dapat digunakan untuk manfaat rakyat Malaysia secara tidak langsung.

Adakah dengan jatuhnya najib rakyat negara ini dapat kumpul RM5 bilion sebulan bagi membantu mereka yang daif..

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .