Friday, January 8, 2016

UMNO Jangan Masuk Jerat PAS

Johari Seman     12:32:00 PM    




PAS tak tolak akan bergabung dengan Barisan Nasional selepas PRU 14 dan berita ini mengembirakan ahli UMNO terutamanya pemimpin dalam bahagaian atau kawasan dari Umno kerana mereka malas bekerja kuat dan mengharapkan gabungan itu wujud untuk merasai nikmat memerintah atau jadi kerajaan di negeri yang ditakluki oleh pembangkan seperti Kelantan dan Selangor.

Berita ini juga mengejutkan DAP dan PKR disebabkan dua parti ini memperolehi undi atas jasa usaha PAS dengan undi orang-orang kecewa dengan UMNO/BN.

Umno kena ingat PAS nyatakan hasratnya seperti itu bukan tidak bersyarat dan sudah tentu ada syaratnya.

Antara syarat yang dijangka,UMNO harus mengalah dibeberapa kerusi yang dijangka UMNO boleh menang pada PRU nanti.Terutamanya di Kelantan dan Selangor berikutan PAS sendiri sedar di Kelantan ada 7 kerusi DUN yang sukar dimenangi berikutan UMNO telah diterima baik dinegeri itu.

Manakala di Selangor pula ada 3 kerusi DUN  yang dimenangi PAS pada pada PRU 13 diyakini akan hilang dan 1 kerusi Parlimen juga akan turut hilang pada PRU 14 nanti.


Keduanya,UMNO kena taruh keyakinan tinggi kepada PAS jika benar berharap PAS join BN selepas PRU14.Kerana PAS juga pandai menipu dalam politik,sebab PAS boleh sahaja tidak menyertai BN selepas PAS memperolehi kejayaan besar.

Jadi pikir dulu masak-masak jangan termakan dengan umpan yang diholor oleh musuh politik UMNO sejak lama dahulu,kalau termakan juga pemimpin UMNO/BN lebih bodoh dari ikan PATIN di kolam pancing.








0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .