Monday, February 29, 2016

Penghina Pemimpin Manusia Tidak Bertamadun

Johari Seman     3:16:00 PM    

BANTING – Perbuatan seorang wanita memuat naik imej yang menghina Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam laman sosial dianggap tidak bertamadun.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, tindakan individu itu juga disifatkan sebagai ‘sudah hilang deria rasa hormat’ kepada pemimpin negara.
“Hari ini, kecanggihan teknologi maklumat disifatkan kelas satu di dunia tapi kita nampak pengguna media sosial kini menunjukkan pemikiran mereka yang bertahap kelas tiga.
“Saya nampak penghinaan bentuk viral tersebut boleh mewujudkan provokasi kepada orang Melayu khususnya ahli UMNO,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, semalam.
Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diharap dapat menyegerakan siasatan kes tersebut memandangkan ia penghinaan terhadap pemimpin tertinggi negara.
“Kita tak mahu sikap hina-menghina yang diviralkan ini jadi budaya dalam masyarakat. Pihak yang bertanggungjawab perlu ambil tindakan kepada si pelaku supaya jadi pengajaran kepada pengguna media sosial yang lain,” katanya.
Beliau berkata, ahli Umno seharusnya berperanan menangkis mana-mana fitnah yang diviralkan dalam laman sosial dengan memperbetulkannya serta menyebarkan maklumat yang sahih demi menjaga maruah dan mempertahankan pemimpin.
“Sebagai ahli UMNO, kita perlu bercakap benar walaupun ia tidak berikan implikasi kepada kita demi untuk mengelakkan perpecahan dalam kalangan masyarakat,” katany

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .