Sunday, March 13, 2016

UMNO Kena Ambil Tahu Pengundi Cina dan India

Johari Seman     3:29:00 PM    

Beri sejuta kekuatan sekali pun UMNO Selangor tetap lemah mengatur strategi menawan kembali negeri pada PRU 14,kekuatan yang ada hanya berkuasa atas nama UMNO bukan berkuasa atas kekuatan pemimpin dalam negeri.


Ertinya kuasa yang ada tidak sesekali memberi kekuatan kepada setiap pemimpin jika tiada sokongan sepenuhnya dari rakyat.

Untuk medapat sokongan, pemimpin tidak hanya berada disatu kumpulan pengikut mereka malah mesti berada di pelbagai kelompok rakyat berbilang kaum.

Dengan mengamalkan sikap kaum India dijaga oleh MIC,kaum cina pula di jaga MCA dan Gerakan sepatutnya harus ditinggalkan kerana amalan itu tidak patut diteruskan dalam politik era ini.

Andai diteruskan tabiat itu UMNO Selangor akan terus berkubur setiap kali PRU diadakan malah virusnya akan merebak kesetiap negeri dan dalam tempoh 3 kali pilihan raya lagi Barisan Nasional akan tergolek di seluruh negara.

Kaum India merungut mereka tidak ditanya khabar oleh pemimpin parti yang diharapkan samada dari MIC atau UMNO sedangkan undi mereka dikira atas lambang Barisan Nasional.

Hayati apa kata Mat Taib
Kaum Cina juga beri jawapan mudah,''orang tak ambil tahu kita,kita tak ambil tahu orang'',inilah yang memungkinkan parti pemerintah negeri selangor hari ini akan terus mengekalan kuasanya selagi UMNO tidak berubah malah hal ini juga terus terjadi pada MC dan Gerakan.

Bila ketiga-ketiga parti masih ditakok lama,maknanya Barisan Nasional Selangor hanya ada pemimpin yang memimpin pertubuhan bukan memimpin rakyat.

Tidak cukup dengan semangat berkobar-kobar pemimpin untuk merampas Selangor jika pengundi meludah pemimpin.

Pemimpin tanggungjawabnya bukan hanya kerap melawat orang sakit dan meskin,yang sihat dan yang kaya juga perlu didampingi setiap waktu terluang jika benar UMNO mahu Selangor diperintah Barisan Nasional selepas keputusan PRU 14 nanti.

Apa yang berlaku hari ini hanya mencari kekenyangan sendiri dengan mengambil nama perjuangan kerana rakyat dan tidak hairanlah terlalu sibuk ketika musim pemilihan UMNO untuk mengekalkan kedudukan yang ada.

Membenteras sikap syok sendiri bukan mudah jika pemimpin hanya memakai jubah dan kopiah ketika ke masjid atau kemajlis tahlil atau juga ke ceramah perdana.

Rakyat boleh lihat sikap syok sendiri ini bila tiba musim pilihan raya sedangkan sebelumnya muka jentera pun tak nampak apa lagi pemimpin yang kini kejar KPI untuk jadi calon PRU nanti.

Anggapan pengundi pada Barisan Nasional Selangor kini amatlah teruk hingga ada yang berkata pemipin UMNO,MIC,Gerakan kini sedang tersumbat hidungya berbanding dengan PAS,DAP,PKR,PAN.

Hakikatnya Pemimpin UMNO harus terima kritikan bahawa UMNO kini umpama bateri kereta yang luput tarikh.

Hakikat itu kini terjadi di Selangor melainkan buat program hanya mahu KPI tapi berucap dihadapan rakyat melompat-lompat dan tergagap-gagap.

Nasib rakyat Selangor tidak akan berubah berada dibawah pemimpin macam ini dan sebab itulah rakyat Selangor kini selesa berada di bawah parti pemerintahan kini.

Jadi,pemimpin UMNO harus sedar yang mereka ini seperti bateri luput tarikh tapi masih lagi mahu menjadi pemimpin walaupun terus diludah oleh pengundi dan ahli sendiri.


0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .