Wednesday, April 6, 2016

1233 kes dan 93 kematian akibat tibi di Kelantan

Johari Seman     10:40:00 AM    

PASIR PUTEH — Penduduk Kelantan masih diancam penyakit tibi apa- bila sejumlah 1,233 kes dengan 93 kematian direkodkan sepanjang tahun lalu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, walaupun jumlah kes peng- hidap penyakit itu menu run sebanyak 133 kes berbanding 1,366 kes pada 2014, kadarnya boleh meningkat kembali jika rakyat tidak mengambil peduli tentang langkah pencegahan.

"Ini kerana terdapat "47 pesakit tibi berhenti memakan ubat sebelum disahkan sembuh oleh doktor sepanjang tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat negeri di sini semalam.

Menurut Ahmad Razin, pesakit yang enggan mendapatkan rawatan lanjut di hospital boleh menyebabkan penyakit mereka menjangkiti orang lain menerusi pelbagai kaedah terutama pernafasan ketika berada dalam khalayak ramai.

Pada tahun 2014, katanya, tujuh ke­matian dilaporkan akibat penyakit berkenaan di negeri ini.
"Lebih berisiko jika pegawai-pegawai


kesihatan gagal mengesan kes-kes tibi berjangkit dalam kalangan komuniti yang tidak mendapat rawatan dengan cepat dan sempurna," ujarnya.
Beliau berkata, penyakit itu juga boleh berjangkit menerusi pesakit HIV, kencing manis serta buah pinggang selain perokok, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan penghuni penjara.

Ujarnya, pesakit tibi boleh sembuh dengan sepenuhnya jika mendapat rawa­tan berkala dalam tempoh enam bulan. - Bernama

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .