Sunday, April 17, 2016

Ahli UMNO Akui Kerajaan Selangor Lebih Baik Dari UMNO

Johari Seman     4:52:00 PM    

 Ahli atau pengundi UMNO negeri Selangor rata-rata tidak berpuas hati dengan pemimpin UMNO sendiri apabila dilihat tidak mampu menerbit isu semasa berkaitan kepicangan pentadbiran negeri.


Samada tiada isu atau isu yang telah dibangkitkan tidak diberi keutamaan oleh rakyat Selangor khasnya ahli UMNO sendiri berikutan pemimpin kelihatan selesa dengan keadaan kalah.

Ada yang berpendapat menang kalah UMNO-BN Selangor berdasarkan isu nasional,pendapat ini dinilai naif.

Kenapa ia DINILAI naif?.Apabila orang-orang UMNO negeri bergantung kepada isu nasional,bererti kerajaan Selangor hari ini lebih baik dan lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga tiada sedikit pun kepicangan atau kekurangan yang boleh dijadikan isu untuk maklumat rakyat.

Jadinya,orang UMNO juga selesa dengan corak pentadbiran kerajaan Selangor hari  ini dan tiada masalah untuk memberi undi pada PKR,PAS,DAP untuk terus berkuasa di Selangor.

Peneraju UMNO Selangor hanya hero dikalangan pemimpin tidak pada rakyat,begitu juga pemimpin bawahan yang hanya berlegar dikalangan kelompok kecil.







0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .