Wednesday, April 20, 2016

Artis Nasyid Beli Banglo RM3.8 Juta

Johari Seman     4:04:00 PM    

WOW! Terkedu Mizz Lahar mendengar cerita terbaharu tentang seorang artis nasyid lelaki yang boleh tahan popular. Khabarnya, dia baru sahaja membeli rumah banglo berharga RM3.8 juta di Kuala Lumpur.

Banyak betul duit dia sampai mampu beli rumah mewah.

Apapun Mizz Lahar gembira dengan pencapaiannya, siapa kata artis nasyid yang jarang- jarang muncul dalam surat khabar atau majalah hiburan tidak kaya raya!

Diam-diam berisi, kumpul aset untuk kemudian hari, bukannya tayang kekayaan sana sini atau di laman sosial seperti sesetengah selebriti lain.

Mizz Lahar harap dengan rezeki mencurah yang diterima artis nasyid lelaki berkenaan, dia tidak akan lupa diri dan kekal membumi seperti selalu.

Bukan apa, Mizz Lahar sudah naik muak tengok penyakit segelintir selebriti yang bila mula popular sedikit sudah lupa rumput di bumi.

Naiklah saham penyanyi nasyid lelaki yang masih bujang tersebut. Sudahlah lembut budi bahasa, bijak dan pandai kumpul harta.
Cuci kaki sahajalah siapa yang bakal jadi isterinya nanti. Tidak perlu bekerja keras, tahu- tahu kehidupan semua sudah serba-serbi lengkap.

Mizz Lahar dengar lagi, penyanyi nasyid lelaki berkenaan sedang rapat dengan seorang wanita yang boleh tahan jelita.
Jika benar, tidak lama lagi dapatlah Mizz Lahar makan nasi minyak di banglo mewah berharga RM3.8 juta tersebut.
MIZZ LAHAR: Dengar khabar dua orang artis popular menangis di belakang pentas sebuah program realiti gara- gara persembahan tidak seperti yang diinginkan.

-Kosmo 20 April 2016

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .