Thursday, April 21, 2016

Iklan Cari Suami

Johari Seman     3:43:00 PM    

Seorang pelakon dra­ma Thailand yang kecewa kerana masih dara dan belum berkahwin menyiarkan iklan untuk mencari bakal suaminya.


Pui Aranya yang berusia 40 tahun menyewa sebuah papan iklan gergasi di Bangkok untuk mengik lankan dirinya.

Papan iklan itu memaparkan Pui, seorang aktres kurang terkenal dalam kcadaan mengghairahkan berserta nombor telefonnya.

"Berusia 40 tahun dan masih dara, Saya mahu kamu! Pui Aranya kini mencari seorang suami.

"Sebelum saya mati, saya mahu mem punyai suami,katanya dalam iklan itu.

Pui memberitahu akhbar tempatan, dia kecewa ke­rana gagal mencari pasa
ngan hidup termasuk melalui agensi mencari jodoh dan di In­ternet.

"Saya serius mahu mencari suami dan sebab itu saya mengiklankan diri sa­ya," katanya.
Walaupun iklan itu menarik perhatian warga Bangkok, polis pula beranggapan sebaliknya.
Beberapa hari selepas iklan itu dipasangkan, pihak berkuasa mengarahkan ia diturunkan kerana dianggap berunsur lucah.

Jurucakap polis berkata, agensi pengiklanan yang memasang iklan berkena an juga akan dikenakan denda berjumlah 500 baht (RM55).

"Kami juga akan menyoal siasat wanita dalam iklan ini untuk mengetahui motifnya yang sebenar," jelasnya.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .