Thursday, April 21, 2016

Insentif kepada institut memandu (IM) yang memperoleh penarafan lima bintang

Johari Seman     4:13:00 PM    

Kementerian Pengangkutan menimbang memberikan insentif kepada institut memandu (IM) yang memperoleh penarafan lima bintang menerusi program penggredan dibuat Panel Penilai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai
berkata, buat masa ini, insentif diberikan ialah memperbaharui lesen operasi bagi tempoh empat tahun sekali, penambahan calon serta kekerapan ujian.
"Kami berharap memberi lebih banyak lagi pada masa depan.
"Sebagai contoh, kerjasama di antara IM dan JPJ bagi mengeluarkan lesen memandu di institut kepada mereka yang lulus, sekali gus memudahkan dan tidak perlu ke JPJ dan perkara ini memerlukan kajian," katanya pada Majlis Penganugerahan Kecemerlangan IM 2016 di sini, semalam.
Liow berkata, pemberian insentif mendorong IM menyediakan perkhidmatan latihan pemanduan yang berkualiti, efektif dan efisien kepada orang ramai.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .