Wednesday, April 20, 2016

Komando Hampr Maut Kerana Wanita

Johari Seman     3:10:00 PM    

MELAKA - Kejadian cubaan bunuh seorang komando di Sungai Timun, Negeri Sembilan Ahad lalu dipercayai berlaku kerana masalah berkait dengan wanita.


Pejabat Po­lis Kontinjen negeri, Bukit Beruang di sini semalam.
Menurutnya, pihaknya juga telah mengenal pasti suspek tersebut kerana ada di antara mere- ka juga merupakan anggota tentera yang bertugas di kem yang sama dengan mangsa.

"Kita percaya kejadian ini bermotifkan wanita dan kita meminta semua suspek supaya menyerah diri bagi membolehkan siasatan dijalankan," katanya.

Ramli bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut kaitan wanita tersebut sehingga menyebabkan sekumpulan lelaki menyerang komando berkenaan.

Ahad lalu, seorang komando berpangkat Koperal ditemui dalam keadaan parah di dalam Sun­gai Timun, Negeri Sembilan dipercayai menjadi mangsa cubaan bunuh.

Mangsa, Koperal Mohd. Daud Karim, 26, yang juga komando dari Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini ditemui dalam sungai terbabit dalam keadaan tangan kanan digari pada kaki kiri serta mukanya mengalami kecederaan teruk.

Difahamkan mangsa bernasib baik apabila ditemui penduduk kampung sebelum lemas di dalam sungai. Akibat kejadian mangsa yang kini dirawat di Hospital Melaka terpaksa menerima 81 jahitan di muka dan kepala namun keadaannya dilaporkan stabil.

-Kosmo

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .