Sunday, April 17, 2016

RM800 Juta Persekutuan Salur Pada Selangor

Johari Seman     6:08:00 PM    

Sebanyak RM800 juta persekutuan menyalurkan peruntukan Kepada Selangor menerusi peruntukan khas bawah Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).

Gambar Hiasan-
Difahamkan jumlah itu termasuk jumlah peruntukan terus kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri serta kepada Pihak Berkuasa Tempatan PBT bagi tujuan penyelenggaran jalan kampung diseluruh Selangor tanpa berkecuali.

Namun begitu masih ada lagi jalan kampung tidak sempurna walaupun jumlah peruntukkan yang disalurkan sudah melebihi dari jangkaan.

Pada peringkat awal Persekutuan kebiasaannya menyalurkan sebanyak RM500 juta setahun kepada Selangor,selepas itu yang lainya disalur terus kepada jabatan,agensi serta PBT untuk melancarkan pemulihan jalan kampung dan parit.

Oleh kerana pentadbir kerajaan Selangor bersikap boros peruntukan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan masih kelihatan tidak mencukupi,wal hal peruntukan yang disalurkan sudah dikira melebihi.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin, dalam kenyataannya memintak Kerajaan Persekutuan menyemak semula peruntukan Marris supaya dapat digunakan juga untuk menaik taraf sistem perparitan berhampiran jalan.

Wang yang telah disalurkan itu kemana hilangnya sehingga tidak dapat menaik taraf sistem perparitan berhampiran jalan.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .