Wednesday, April 20, 2016

Rogol Berlaku Setiap 35 Minit Di Malaysia

Johari Seman     3:53:00 AM    

KUALA LUMPUR, April 21:Berlaku satu kejadian rogol pada setiap 35 minit di negara ini dan kira-kira 3,000 kes rogol dibuat, setiap tahun.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata apa yang menakutkan, hanya dua dari 10 kejadian, dilaporkan.
“Pada 2013, hampir 3,000 kes dilaporkan dan 2,111 melibatkan mangsa bawah umur.”
Yeo berkata dari 2005 hingga Julai 2014, sejumlah 28,471 kes rogol dilaporkan tetapi hanya 16 peratus (4,514 kes) dibawa ke mahkamah.
Tambahnya, hanya 2.7 peratus (765 kes) perogol didapati bersalah.
Katanya, terdapat banyak sebab mengapa hanya beberapa lelaki didapati bersalah, termasuk penangguhan membuat aduan polis, mangsa menarik balik laporan dan tiada laporan kesihatan dilampirkan untuk menyokong kenyataan mangsa.

Ketika bercakap kepada media selepas melancarkan video kempen “Rogol Adalah Rogol, Tiada Alasan” di pejabatnya hari ini, Yeo berkata rogol bukan mengenai seks tetapi untuk menunjukkan kuasa dan kawalan.
“Dalam budaya orang Timur, wanita sering dilihat sebagai satu objek yang ‘dipunyai’ atau lebih lemah daripada lelaki maka sebab itu berlakunya rogol.”
Yeo menerangkan, wanita yang dirogol melalui ‘siksaan seumur hidup’.
Tambahnya, rogol boleh dilihat dari empat kategori, perkahwinan, penggunaan dadah, bawah umur dan umum.
Katanya lagi, wanita sering dipersalahkan hanya kerana mereka wanita dan mereka wajar dirogol.
Yeo berkata video yang diterbitkan boleh ditonton melalui YouTube (rogol tetap rogol) dan platform media sosial yang lain.
Katanya video itu disasarkan kepada lelaki untuk menyedarkan mereka walau apapun situasi, rogol adalah rogol, dan wanita mesti dihormati.
Katanya, mereka cuba menukar persepsi masyarakat mengenai mangsa rogol dan menambah wanita ini memerlukan pertolongan dan sokongan supaya mereka dapat membuat laporan polis terhadap perogol mereka.
Yeo berkata mangsa boleh meminta bantuan All Woman’s Action Society sekiranya mereka dirogol.
Pengurus Projek AWAM, Betty Yeoh pula berkata beliau meminta wanita yang menjadi mangsa rogol tetapi tidak mahu berdepan dengan pihak polis supaya membuat aduan di pusat krisis setempat yang ada di semua hospital.
Katanya, mereka bersedia untuk membantu dengan kemudahan sokongan yang ada untuk mereka yang melalui trauma rogol.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/21/rogol-berlaku-setiap-35-minit-di-malaysia/#ixzz46Iu560JO

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .