Thursday, April 21, 2016

UMNO dan PAS Harus Bersatu Demi Perpaduan Agama

Johari Seman     4:52:00 PM    

UMNO dan Pas wajib menjalinkan kerjasama demi kelangsungan Islam di negara ini.


Mufti Perak, Tan Sri Tan Sri Harussani Zakaria berkata, walaupun mempunyai ideologi politik berbeza, namun hubu­ngan kedua-duanya yang masing-ma­sing merupakan parti Islam di negara ini tidak boleh dipisahkan.

Beliau berkata, umat Islam walaupun berbeza pegangan politik adalah haram berpecah dan perkara itu telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

“Saya amat bersetuju supaya UMNO dan Pas bekerjasama demi kelangsungan Islam di negara ini. Itu memang ajaran Islam, umat Islam kalau berpecah hancur kita.

“Ideologi berlainan tidak me­ngapa tetapi perpecahan tidak boleh. Hendak selamatkan Islam di negara ini hanya dengan satu cara sahaja iaitu kerjasama antara UMNO dan Pas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pendakwah tersohor dari India, Dr. Zakir Naik yang mahu melihat UMNO dan Pas bekerjasama berlandaskan al-Quran dan hadis bagi membolehkan negara ini dan Islam terus berkembang maju.

Sementara itu, pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias turut menyokong penuh saranan Dr. Zakir demi kelangsungan kuasa politik Melayu dan Islam memandang­kan perkara itu adalah perintah Allah dan Rasulullah supaya bersatu dan bertolong-tolongan atas perkara kebaikan dan ketakwaan.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong pula berkata, saranan Zakir itu penting kerana hanya dengan penyatuan orang Melayu-Islam selaku masyarakat dominan dapat menjamin kestabilan di negara ini.

Dalam pada itu, Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, soal penyatuan antara UMNO dan Pas bukan perkara baharu malah telah dan sedang diusahakan pihak ter­tentu dalam menguruskan perbezaan dan mencari titik persamaan antara kedua-dua parti itu.

Beliau berkata, perpecahan antara UMNO dan Pas tidak boleh terus dibiarkan kerana kedua-dua parti mempunyai pengikut paling ramai dalam kalangan orang Islam di negara ini.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .