Tuesday, May 17, 2016

Umno Selangor Baru Tahu Sukar Menang PRK Sungai Besar

Johari Seman     8:56:00 PM    

Aku tulis ini ikut apa yang patut ditilek oleh Umno Selangor  jika nak menang PRK Sungai Besar.

1-Mengenai isu negeri Selangor
Adakah Umo Selangor menjuarai isu negeri?
Antara isu menarik  adalah DEIG yang pernah di bangkitkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai kewujudan entiti baharu, Darul Ehsan Investment Group (DEIG), yang akan menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Adun Sungai Panjang, Budiman Zohdi juga pernah memanaskan isu ini,memang panas cuma sekejap.Hal itu berlaku kerana Umno Selangor tidak ada blogger yang benar-benar ambil tahu,kalau ada pun cuma copy paste dari akhbar tempatan bukanya terus-terus menerus daripada orang yang membangkitkan isu tersebut.

Yang di ketengahkan adalah berkaitan penubuhan syarikat DEIG yang  menimbulkan keraguan dan kecurigaan memandangkan syarikat ini mempunyai kuasa untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan jual beli bagi aset Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang dianggarkan berjumlah RM30 bilion.

Dengan itu facbooker tiruan dan blogger copy paste pun sebar dengan segera buat beberapa ketika,selepas itu membisu dan kelu malah jari jemari bertabah malas ketengahkan isu tersebut.

11 Sep 2015 sebuah portal menyiarkan , Pengarah SPRM Selangor, Datuk Simi Abdul Ghani menafikan pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan berhubung isu status penubuhan DEIG yang menimbulkan persoalan pelbagai pihak.

SPRM, katanya, telah mengambil tindakan proaktif sebaik sahaja isu penubuhan DEIG itu dilaporkan media pada 19 Ogos lalu.

Beliau berkata, SPRM telah menemubual beberapa saksi serta mengambil dokumen berkaitan.
"Setakat ini, SPRM tidak menemui sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009) dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Dengan kenyataan itu makanya isu DEIG yang panas seketika menjadi basi.moralnya kerajaan Selangor menang satu Isu.

2-Isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang dimasukan dalan akaun peribadi  Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Adakah Umno Selangor memberi penjelasan serinci-rincinya isu ini?,kalau melakukan penjelasan secara bersungguh-sungguh,mengapa kebanyakan ahli Umno dan pemimpin cawangan dan bahagian masih lagi di bawah pengaruh dakyah Mahathir?.

Umno Selangor mungkin tak tahu nak pusing auta Mahathir yang sering ulang-ulang kononya RM42 billion dalam 1MDB hilang.

Wal hal pekara itu sangat mudah,kalau RM42 hilang bagaimana 1MDB boleh ada aset lebih RM50 bilion.tapi ketua penerangan Umno Selangor hanya sibut berstrategi dengan pelbagai cadangan yang kurang maju berbanding dengan bebudak pembangkang.

Mengenai RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan kedalam akaun peribadi Perdana Menteri pula masih goyah untuk menjawabnya,sedangkan wang itu telah diakui derma dari Arab Saudi.
Penulis akui,memang ada dikumpulkan orang-orang di setiap Bahagian Umno di Selangor untuk perjelaskan isu tersebut,namun kebanyakannya tidak medapat sentuhan hati para hadiri sehingga sambil-sambil dengar penjelasan ada yang berbisik-bisik pekara tidak enak.

Itu semua berlaku kerana biro penerangan disetiap Umno bahagian di Selangor juga bukan kaki membaca,malah main cedok apa yang orang lain cakap,malah jauh sekali untuk melakukan penyelidikan bagi pengetahuan diri dan untuk sebaran.

Jika main cedok dalam blog,tiada satupun penulis blog akan menulis dengan cara sempurna dalam setiap isu,begitu juga dengan penulis blog Selangor Post(SP).

Sebab apa?kalau tulis dengan sempurna setiapa isu,makanya mudahlah pula penulis-penulis buku ambil dan cetak terus dijual.

Moralnya,Isu 1MDB dan RM2.6 bilion PKR.DAP,PAN juga yang menang kerana mereka rajin ulangi pekara sama walupun itu fitnah.

Jika kedua-dua isu itu Umno Selangor gagal menjuarai bagaiman untuk menjuarai isu lain yang banyak boleh diketengahkan untuk maklumat rakyat.Tapi kalau dua isu ini pu dah tersungkur,makanya isu lain juga gagal.

Andainya sungai besar menang ia disebabkan usaha jentera seluruh negara yang akan berkumpul di situ bukanya 100% usaha daripada Umno Selangor.

Bukan mahu merendah-rendahkan Umno Selangor yang kian tumpul taringnya kerana sibuk bergambar untuk muatkan dalam Facebook,makanya hari ini Umno Selangor kena akui yang jentera di bahagian sayap memang amat lemah malah seperti kenderaan kehabisan power bateri.

Saya sendiri penulis blog jalanan yang sering berkawan dengan pemimpin bahagian tidak pernah dijemput  hadir  dimana-mana majlis yang dianjurkan oleh sayap parti dalam Umno Bahagian sejak selepas pru13.

Kalau itulah resamnya,ingat saya mahu undi BN lagikah? orang lain yang seusia dan seangkatan dalam perjuangan Umno di Selangor juga senyum kambing apabila ditanya,ini bermakna orang lama dalam perjuangan mula dilupakan sedikit demi sedikit,oleh itu,jika pemimpin Umno yang ada hari ini hanya berbelit dengan kumpulan sendiri,PRK Sungai Besar nampaknya berat untuk dimenangi,namun bernasib baik kerana pertandinagn berlaku tiga penjuru,tetapi kalau BN menang,pemimpin BN Selangor tidak boleh bercakap besar,kerana bukanya BN kuat sebaliknya parti pembangkang berpecah sehingga bertembung sama sendiri.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .