Bill Kayong, 43, Ditembak Mati Menggunakan Senapang Patah - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » Bill Kayong, 43, Ditembak Mati Menggunakan Senapang Patah

MIRI 21 Jun - Setiausaha Cawangan PKR Miri, Bill Kayong, 43, ditembak mati menggunakan senapang patah oleh seorang lelaki tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat Lutong, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pu­kul 8.30 pagi, mangsa yang juga me­rupakan calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) lalu berada di tempat duduk pemandu pacuan empat roda Toyota Hilux miliknya.
Ketua Jabatan Siasatan Jena­yah negeri, Senior Asisten Komisioner S. Dev Kumar berkata, kejadian tersebut dipercayai ber­laku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Senadin untuk ke pejabat di Permyjaya.
“Kita merayu kepada saksi-saksi yang terlihat kejadian tembakan ini untuk tampil ke hadapan membantu siasatan.
“Persimpangan lampu isyarat itu kebiasaannya sibuk pada waktu pagi dan kita percaya ramai pemandu mungkin melihat insiden ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kes tembakan itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Dev Kumar me­rayu, kepada orang awam untuk mengelakkan sebarang spekulasi mengenai motif kejadian itu.
“Kita memberi jaminan bahawa siasatan kejadian bunuh ini dibuat secara terperinci dan akan melihat segala kemungkinan yang ada,” tegasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suspek-guna-senapang-patah-1.345702#sthash.BXo1vtRf.dpuf

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,