Harap Simpati PAS Nak Rampas Selangor - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Thursday, June 30, 2016

Harap Simpati PAS Nak Rampas Selangor

Rata-rata mengharap PAS dan PKR berpecah untuk merampas Selangor kata pemborak kedai kopi kepada UMNO Selangor.

Sungguhpun Noh Omar Dilantik kejawatan menteri penuh keupayaan UMNO negeri masih diragui untuk membawa Selangor kembali kepada Barisan Nasional.

Rata-rata berpendapat Selangor belum ada kepala perancang strategi yang membolehkan orang Melayu kembali kepada UMNO walaupun bilangan ahli lebih ramai daripada parti lain di negeri terkaya ini.

Tidak berjaya menjuarai isu negeri juga satu kelemahan ketara UMNO Selangor sehingga dilihat gagal mempengaruhi pengundi baru untuk mentelaah arah tuju sebenar yang dibawa oleh pemimpin parti Melayu terbesar negara.

UMNO Selangor rata-rata menganggap masih gagal berada dihadapan apa lagi untuk menanam chip keyakinan terutamanya kepada anak muda yang diketahui banyak memprotes pentadbiran diperingkat nasional.

Kekurangan media yang dianggap peting di era ini juga dianggap satu kegagalan besar UMNO negeri dalam usaha menyampai maklumat kepada awam.

UMNO Selangor sepatutnya tahu kepentingan kepelbagaian media bagi merentasi halangan yang ada pada semua peringkat dan tidak boleh mengharap kepada media arus perdana dan portal UMNO negari yang ada hari ini.

Kepimpinan UMNO negeri terutamanya ketua penerangan harus memainkan peranan penting untuk menyusun atur langkah-langkat terbaik bagi kepentingan parti melalui media sosial bukan hanya bersuara di page facebook yang kurang dijaga dan diisi maklumatnya oleh admin yang dilantik.

Hanya ada berapa likers sahaja,namun hebohnya seperti ayam
 bertelur riuh sekampung
Hari ini UMNO bahagian dalam negeri Selangor tidak wujud portal atau blog yang sentiasa diupdate isu-isu semasa yang suka dicari oleh pembaca.

Tidak hairanlah saban hari saban bulan malah saban tahun pemborak kedai kopi masih lagi berpandangan yang UMNO Selangor belum ada pemikir berotak geliga.

Dengan sebab itu parti PKR,PAS,DAP berada dalam keadaan selesa dan tidak perlu menyerang kepimpinan UMNO negeri kerana tugas itu telah diambil oleh ahli UMNO sendiri.

Dengan menaruh harapan tinggi agar Barisan Nasional kembali memerintah Selangor tanpa perancangan GOLD ia satu pembaziran berbentuk hayalan belaka.

Dengan mengharapkan simpati PAS untuk berkongsi dengan UMNO bagi merampas Selangor dengan cara membentuk kerajan perpaduan ia tidak mungkin berlaku selagi ia tidak berlaku.

Kepada Noh Omar,sesungguhnya mimpi nak menang 30 kerusi seperti pilihan raya lalu akan berulang sebagai jenaka pak pandir.







  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Harap Simpati PAS Nak Rampas Selangor Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman