Tuesday, June 21, 2016

Hargai Tugas Pengamal Media

Johari Seman     3:33:00 PM    

Agensi penguat kuasa di negara ini wajar lebih memahami tugas pe- ngamal media serta menghar- gai sumbangan mereka, kata Datiik Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ada ketika tertentu laporan dibuat media, termasuk media sosial, tidak menepati kehendak agensi tertentu namun ia bukan bertujuan negatif.

"Laporan itu mungkin sekadar mengingatkan agensi penguat kuasa untuk menggunakan kuasa yang ada (secara berhemah) dan mengikut tatacara yang sudah ditentukan.

Penulisan disalah tafsir
"Bagaimanapun, kadang kala penulisan yang baik ini disalah baca atau disalah faham oleh pembaca atau penonton. Kerana itu, perlunya majlis seperti ini (bersama media), saya fikir tidak ada tujuan untuk pihak media dan penguat kuasa untuk tuding jari antara satu sama lain," katanya pada Majlis Berbuka Puasa Timbalan Perdana Menteri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan media di Sri Satria, di sini, semalam.

Yang turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis, dua Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Kujat serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Yang turut menghadiri majlis itu Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Seri FD Iskandar; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk
Abdul Jalil Hamid.

Selain itu, Pengarang Kum-pulan BH, Datuk Mahfar Ali; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman turut hadir.

Hubungan baik
Ahmad Zahid juga menekankan betapa pentingnya hubungan antara pengamal media bersama kementerian dan agensi penguat kuasa terus kekal baik dan harmoni.

"Kita perlu terus pertahankan keijasama erat yang sedia terjalin ini kerana media memainkan peranan penting untuk beri liputan dan pendedahan yang akan memberi kesedaran kepada khalayak ramai," katanya.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .