Jaga-Jaga Kerajaan Selangor Noh Omar Dah Bertambah Power - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, June 28, 2016

Jaga-Jaga Kerajaan Selangor Noh Omar Dah Bertambah Power

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor perlu mula berhati-hati dan mengatur strategi untuk memenangai hati pengundi menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, kerajaan negeri bakal berdepan saingan sukar apabila BN melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT).

“Tindakan memasukkan Noh omar kembali ke dalam kabinet menampakkan usaha untuk memperkasakan BN Selangor.

“Ini menunjukkan kerajaan Persekutuan serius merancang strategi untuk mendapatkan kembali Selangor,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Sehubungan itu, kerajaan Selangor perlu memperkasakan usaha untuk mengekalkan undi majoriti di negeri itu.

“Pastikan pelaksanaan dasar dilakukan sepenuhnya sebelum menjelangnya PRU. Pakatan perlu jaga pengundi dengan baik,” katanya lagi.

Noh Omar yang dahulunya merupakan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bakal kembali semula ke kabinet selepas ini setelah beliau dilantik menjadi Menteri KPKT menerusi pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Selain daripada itu, rombakan kabinet berkenaan turut menyaksikan Ahli Parlimen Titwangsa, Datuk Johari Abd Ghani dilantik menjadi Menteri Kewangan II bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang memohon untuk menamatkan perkhidmatannya di kementerian berkenaan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Jaga-Jaga Kerajaan Selangor Noh Omar Dah Bertambah Power Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman