Tuesday, June 21, 2016

Juadah Melayu Untuk Berbuka Di Paris

Johari Seman     4:42:00 PM    

Keprihatinan wanita Malaysia terhadap nasib golongan kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan tidak hanya terhad di tanah air, malah sifat mengambil berat itu terbawa hingga ke luar negara untuk melakukan aktiviti kebajikan.

Persatuan Wanita Kementerian Luar (Perwakilan) Paris dengan keijasama Kedutaan Malaysia di Perancis dan Persatuan Rakyat Malaysia di Perancis (MAF), baru-baru ini menganjurkan Bazar Makanan Malaysia bertujuan mengumpul dana untuk kebajikan.

Bazar yang diadakan di pekarangan Rumah Malaysia yang juga kediaman rasmi Duta Malaysia ke Perancis, Datuk Ibrahim Abdullah adalah usaha Perwakilan bagi membantu pertubuhan kebajikan bukan sahaja di Perancis, tetapi juga di negara ini yang memerlukan bantuan.

Antara menu yang dijual ialah nasi lemak, nasi kerabu, sate, laksa, char kuetiau dan kuih-muih tra- disional Malaysia, selain minuman seperti teh tarik, air bandung, asam boi dan ais jagung.

Semua hidangan berkenaan di- sediakan ahli Perwakilan yang turut dibantu kakitangan kedutaan dan ahli MAF.

Perkenal budaya,hidangan tradisional
Ibrahim berkata, selain mengumpul derma, bazar berkenaan juga adalah sebahagian daripada aktiviti rakyat Malaysia di Perancis meraikan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang disambut, awal Jun lalu.

"Menerusi acara begini kita juga dapat memperkenalkan kepelbagaian budaya, kaum dan hidangan yang ada di Malaysia kepada penduduk di sini," katanya.

Selain memperkenalkan maka-nan Malaysia, bazar berkenaan turut mempromosikan produk dan kraf tangan tempatan bagi memenuhi permintaan pengun- jung untuk mendapatkan cenderahati.

Presiden Perwakian, Lilis Surianty Meor Aziz, berkata bazar berkenaan mendapat sambutan yang cukup meriah dari rakyat Malaysia dan penduduk Paris sendiri ber-kutan komitmen penuh yang ditunjukkan pelbagai pihak dalam menjayakannya.

"Malah, acara ini juga menjadi tempat urituk rakyat Malaysia termasuk pelajar di sini bertemu mes- ra dan berkenalan dengan rakan mereka yang tinggal di pelbagai kawasan lain di Perancis.

"Selain itu ia dapat menghilangkan kerinduan mereka untuk menikmati hidangan tanab aiif katanya.

Cabutan bertuah
Lebih 900 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk duta dari negara ASEAN, ahli persatuan wanita antarabangsa di Perancis serta orang awam dan komuniti negara lain yang tinggal di Perancis.

Kemuncak majlis itu adalah cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk baucar penginapan di hotel lima bintang seperti Hotel Meurice, Hotel Hyatt Park Vendome dan Hotel Intercontinental Paris Le Grand selain penginapan mewah di Chateau D'Ardree di Loire Valley

Yang turut ditawarkan adalah baucar membeli-belah di Printemps Department, tiket cruise, dan bengkel memasak di Eole de Cordon Bleu.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .