Kes Cerai Wanita Dikait Dengan Ahli Politik Ditangguh - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Monday, June 20, 2016

Kes Cerai Wanita Dikait Dengan Ahli Politik Ditangguh

KUALA LUMPUR: Kes perceraian melibatkan bekas pendakwa raya Stanley Clement Augustin dan isterinya, Nika Gee Siew Yee di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan.

Satu tarikh baharu bagi prosiding itu masih belum ditetapkan.

Kedua-dua pihak mahupun peguam yang mewakili mereka tidak hadir pada pagi Isnin.

Kes itu sepatutnya didengar di hadapan Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad.

Augustin memfailkan permohonan cerai pada tahun lalu selepas mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Beliau pada 7 Dismber 2015 telah membuat Akuan Bersumpah (SD) mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang tokoh politik terkemuka dari Johor.

Akuan Bersumpah itu mendakwa Gee bertemu ahli politik itu di luar negara dan menerima manfaat kewangan dan juga barangan daripadanya.

Ahli politik yang dituduh itu bagaimanapun menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah dan tidak berasas.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Kes Cerai Wanita Dikait Dengan Ahli Politik Ditangguh Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman