MB umum tiga berita gembira hargai komitmen penjawat awam - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Monday, June 20, 2016

MB umum tiga berita gembira hargai komitmen penjawat awam

SHAH ALAM, 20 JUN: Rakyat dan pengundi tidak harus dipersalahkan dalam kekalahan pembangkang di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sekarang juga bukan masa untuk parti pembangkang saling tuding jari menyalahkan satu sama lain.

“Sebaliknya, semua parti perlu bermuhasabah dan bersikap terbuka untuk kembali ke meja rundingan dan melihat strategi baru untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

“Harap keputusan lalu beri pengajaran kepada semua parti untuk berbincang semula bagi kepentingan rakyat dan negara,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui sejurus selesai Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK hari ini.

Pada PRK Sungai Besar n Kuala Kangsar lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-duanya menewaskan Pakatan Harapan dan PAS.

Mohamed Azmin berkata, kekalahan tidak pernah menjadi kudis kerana pembangkang pernah kalah sebelum ini namun sentiasa bangkit melawan.

“Saya juga dengar dan baca sendiri komen rakyat di media sosial yang mahukan pembangkang bersatu.

“Jadi kita perlu dengar dan tunduk kepada pandangan rakyat,” katanya.

EZY
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: MB umum tiga berita gembira hargai komitmen penjawat awam Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman