Muga Kekuatan UMNO Selangor Kembali Dengan Pelantikan Noh Omar - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, June 28, 2016

Muga Kekuatan UMNO Selangor Kembali Dengan Pelantikan Noh Omar


DIKALANGAN kepimpinan UMNO Selangor ramai yang gembira apabila Datuk Seri Noh Omar dilantik menjawat jawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT).

Keseronakan sebahagian kepimpinan UMNO Selangor ini harus diimbangi boleh atau tidak Selangor dirampas kembali pada PRU14 nanti memandangkang masa yang ada cuma 2 tahun lagi.

Melihat kepada situasi semasa UMNO Selangor kurang bermaya walaupun majoriti besar diperolehi pada PRK Sungai Besar yang mana manisnya masih melekat dibibir,ramai berkata ia tidak boleh dianggap kayu pengukur sebenar kekuatan parti Melayu terbesar bertambah kukuh berikutan penerimaan lebih kecil dari penolakan.

Sekilas lalu,pelantikan Datuk Seri Noh Omar ke Menteri Penuh bukannya untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO Selangor yang entah kekuatannya boleh dinilai kuat atau tidak.

Sebaliknya pelantikan Datuk Seri Noh Omar ke jawatan yang baru diangkat sumpah itu hanyalah satu tuah yang tidak dijangkakan berikutan jawatan KPKT yang ditawar kepada Datuk Seri Ahmad Husni Hanazdlah ditolak mentah-mentah oleh beliau sendiri.

Jika mengikut perancangan,Nama Datuk Seri Noh Omar tidak tersenarai sebagai pemimpin UMNO yang akan dilantik pada mana-mana jawatan dalam rombakan kabinet terbaru.

Sudah tentunya pelantikan Datuk Seri Noh Omar bukanya untuk tujuan memperkuat atau memperkukuhkan kedudukan UMNO Selangor yang lemah.

Namun begitu,ramai percaya,Datuk Seri Noh Omar akan membina semangat baharu demi kekuatan UMNO setelah dilantik kejawatan menteri.

Biarpun begitu,Dengan pelantikan Datuk Seri Noh Omar memberi sinar dan harapan baharu kepada UMNO Selangor untuk menghadapi PRU 14 nanti.

Dengan itu,saya blogger jalanan yang sentiasa menyokong perjuangan UMNO tidak kiralah siapa pemimpin atau Pengerusi Perhubungan Negeri, berharap Datuk Seri Noh Omar dapat mengumpul kembali jentera parti yang ditinggalkan setelah beralih pucuk pimpinan bahagian.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Muga Kekuatan UMNO Selangor Kembali Dengan Pelantikan Noh Omar Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman