Polis Tidak Ada Asas Bayar Tebusan - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Wednesday, June 22, 2016

Polis Tidak Ada Asas Bayar Tebusan

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai sebarang polisi mahupun dasar untuk membayar wang tebusan bagi mana-mana kes penculikan melibatkan warganegara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, apa saja wang yang disalurkan itu urusan keluarga mangsa.

"Segala perundingan dijalankan dengan secara senyap-senyap...rahsia kerana kita tak mahu membahayakan keselamatan mangsa.

"Kedua, polis bantu tapi tidak ada dasar untuk bayar tebusan. Apa (saja) wang yang diusahakan keluarga itu sendiri...itu adalah disalurkan oleh keluarga itu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sebelum ini, isu pembayaran wang tebusan berjumlah RM12 juta didedahkan oleh keluarga empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina pada 1 April lepas bagi pembebasan mereka menjadi perdebatan hangat.

Nur Jazlan juga sempat melahirkan kekesalan atas tindakan pihak keluarga yang mendedahkan isu wang tebusan tersebut.

"Tapi yang saya agak kesal sedikit apabila keluarga itu seolah-olah nak mendedahkan apa-apa yang berlaku kemudian nak mencemarkan imej polis.

"Usaha untuk melepaskan tebusan itu sudah berjaya. Kita anggap itu sudah selesai. Maknanya, kalau ada apa-apa 'usaha'...fahamkan usaha?..ia sudah berjaya. Maknanya ia sudah diterima penculik," katanya.

Katanya, tindakan itu hanya akan menggalakkan lagi penculikan berlaku pada masa depan.

"Apabila perkara-perkara seperti ini didedahkan, ia akan menggalakkan lagi penculik untuk menculik lagi. Jadi, ini satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh keluarga," katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Polis Tidak Ada Asas Bayar Tebusan Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman