Monday, June 20, 2016

Rooney Mungkin Direhatkan Ketika Bertemu Slovakia

Johari Seman     10:03:00 AM    

BINTANG England, Wayne Rooney mungkin bermula dari bangku simpanan ketika England menentang Slovakia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B Euro 2016, awal pagi Isnin.

Menurut laporan ESPNFCASIA, Pengurus England Roy Hodgson akan melakukan enam pertukaran terhadap skuad utama The Three Lions yang beraksi menentang Wales pada Khamis lalu di Lens.

Bintang Manchester United itu akan direhatkan manakala tempatnya akan diambil kapten Liverpool, Jordan Henderson manakala Jack Wilshere akan mengambil alih posisi Dele Alli.

Pemain pertahanan Kyle Walker dan Danny Rose juga akan diletakkan di bangku simpanan dan posisi mereka masing-masing akan diisi Nathaniel Clyne dan Ryan Bertrand.

Sementara itu, Jamie Vardy dan Daniel Sturridge juga akan menggantikan Harry Kane dan Raheem Sterling selepas kedua-dua pemain itu menjaringkan gol selepas diturunkan dari bangku simpanan Khamis lalu.

Kemenangan di Slovakia di St.Etienne akan menjamin tiket buat England untuk mara selepas muncul pendahulu Kumpulan B.

Meskipun spekulasi mengenai dakwaan pertukaran pemain itu sudah tersebar, Hodgson tidak mendedahkan pemain kesebelasan utama England yang akan diturunkan menentang Slovakia pada sidang media Ahad.

"Ia tidak menjadi masalah jika saya mahu mengekalkan pasukan sama tetapi terdapat pemain yang ingin beraksi dan mengetuk pintu untuk beraksi," kata Hodgson.

-mStar

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .