Serang Masjid Ketika Tarawih - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Wednesday, June 29, 2016

Serang Masjid Ketika Tarawih

PETALING JAYA: Umat Islam yang sedang menunaikan solat tarawih dalam sebuah masjid di Perth dikejutkan dengan satu letupan dipercayai berpunca daripada bom petrol.

Kejadian itu berlaku di luar Masjid Thornlie berhampiran Kolej Islam Australia ketika ratusan jemaah menunaikan solat tarawih dalam masjid berkenaan.

Sebuah kenderaan pacuan empat roda ditemui terbakar manakala dinding masjid pula diconteng slogan anti Islam.

Menurut jemaah yang dipetik The West Australian, mereka terdengar dentuman kuat di luar Masjid Thornlie kira-kira jam 8 malam semalam.

Yahya Adel Ibrahim daripada masjid itu menulis di Facebook “disyaki akibat satu bom petrol” dan “grafiti kebencian diconteng pada dinding”.
“Syukur masyarakat kami tidak akan memulakan permainan kebencian dan tuduh-menuduh serta meminggirkan kumpulan tertentu dalam masyarakat kami.

“Ini jelas adalah jenayah kebencian tetapi ia adalah tindakan seorang atau beberapa individu bukannya keseluruhan kumpulan tertentu,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis dan bomba yang bertindak segera terhadap kejadian itu serta sokongan daripada masyarakat Perth yang baik hati dan mesra.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Serang Masjid Ketika Tarawih Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman