Monday, June 20, 2016

Siasat Dakwaan Rasuah RM30,000

Johari Seman     10:07:00 AM    

SHAH ALAM, 17 JUN : KEADILAN meneliti dan membuat siasatan awal terhadap ahlinya yang dikaitkan menerima RM30,000 rasuah daripada seorang kontraktor.


Pengerusi Lembaga Disiplinnya, Dato’ Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata parti itu mengalukan-alukan langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap individu terbabit berhubung dakwaan rasuah dihadapinya.

Abdul-Hadi“Lembaga Disiplin akan menunggu hasil siasatan SPRM terhadap individu terbabit sebelum sebarang keputusan berkaitan salah laku anggota KEADILAN dapat diambil.

“Adalah disarankan agar pihak SPRM melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan profesional dan cekap,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, SPRM menahan seorang bekas ahli parlimen KEADILAN berkaitan urusan pembinaan bagi membolehkan syarikat milik kontraktor tertentu mendapat tender baik pulih kemudahan awam bernilai hampir RM1 juta.

Individu terbabit juga dipercayai ditahan atas penipuan membabitkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa orang kurang upaya.

Bagaimanapun, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi MalaysiaKini enggan mendedahkan butiran kes mengenai penahanan individu terbabit.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga bersedia memberikan kerjasama terhadap sebarang bentuk siasatan selaras prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .