Wanita Lembam Hangus Dijilat Api - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, June 21, 2016

Wanita Lembam Hangus Dijilat Api

SABAK BERNAM - Seorang wa- nita lembam maut dalam keadaan menyayat hati apabila jasadnya ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan tiga unit rumah kedai di Jalan Hj. Hasyim, pekan Sabak Bernam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mayat Gan Kow Hok @ Gan Keong Hiok, 63, ditemui di hadapan bilik tidur rumahnya selepas gagal menyelamatkan diri.

Difahamkan semasa kejadian, mangsa tinggal seorang diri sementara kakak serta anak saudara lelakinya yang berusia 29 tahun menetap bersamanya tiada di rumah tersebut.

Ketua Operasi, Mohd Saufi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 8.55 malam.
"Sebaik tiba di tempat kejadian kami dapati api sedang marak membakar bahagian tengah dan belakang dua buah kedai.

"Setelah api berjaya dikawal, anggota penyelamat yang menjalankan pemeriksaan menjumpai mangsa telah meninal dunia di bawah timbunan kayu di hadapan bilik tidur.

"Bangunan kedai itu terbakar 100 peratus manakala empat buah kedai disebelah kiri dan kanan turut terjejas antara 30 hingga 60 peratus," katanya.

Dalam pada itu, jiran mangsa, Cheong Yew Shing, 27 berkata ada terhidu bau hangit dari arah belakang sebelum ternampak api sedang marak.

"Terdapat juga bunyi letupan dan saya terus menghubungi bomba," ujarnya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Wanita Lembam Hangus Dijilat Api Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman