24 Cedera Letupan Di Stesen Kereta Api Songshan - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Friday, July 8, 2016

24 Cedera Letupan Di Stesen Kereta Api Songshan

TAIPEI: Sekurang-kurangnya 24 orang cedera dalam letupan di sebuah gerabak kereta api di Stesen Kereta Api Songshan di Taipei, lewat malam Khamis.

Insiden itu dipercayai letupan kereta api terburuk di wilayah tersebut.

Kereta api tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Taipei menuju Keelung di utara taiwan.

Beberapa saksi berkata mereka terdengar tiga letupan di dalam kereta api tersebut sebelum ia terbakar.

Menurut saksi lagi, mereka terlihat seorang lelaki berjalan di dalam kereta api tersebut lalu meninggalkan sebuah beg sebelum letupan berlaku.

Perdana Menteri Taiwan, Lin Chuan memberitahu stesen televisyen bahawa letupan itu adalah angkara perbuatan khianat.

Polis dan jabatan bomba Taipei berkata, letupan berpunca daripada bom 'paip keluli.'
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: 24 Cedera Letupan Di Stesen Kereta Api Songshan Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman