Air Paip Kelantan Tak Layak Dibuat Minum - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Saturday, July 9, 2016

Air Paip Kelantan Tak Layak Dibuat Minum

KOTA BARU, 9 Jul — Masalah bekalan air di Kelantan tiada penghujung apabila berlarutan ketika umat Islam menyambut Syawal tahun ini.

Demikian penderitaan yang ditanggung penduduk beberapa kawasan apabila bekalan air sering terganggu, malah air yang keluar berwarna kuning.

“Kami terpaksa menghadapi masalah gangguan air yang berlarutan hingga empat hari menjelang hari raya dan juga semasa hari raya.

“Bagaimana kami nak memasak makanan istimewa untuk menu pada hari raya apabila air tiada?” kata seorang penduduk Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.

“Masalah sebegini menjadikan kami ‘menderita’ kerana ramai ahli keluarga pulang dan berkumpul setempat, biasanya di rumah ibu bapa.

“Kalau air keluar pun, ia berwarna kuning, agak jijik tetapi kami terpaksa guna kerana tiada pilihan,” kata Mohd Atif Abdullah, 38, seperti dilaporkan Sinar Harian.

Baca Juga Mengenai-Air Kelantan Kotor

Seorang penduduk dari Guchil Bayam pula mendakwa masalah air tidak pernah selesai terutamanya mereka yang tinggal di kawasan taman perumahan dan di kampung.

Zainab Abdul Rahman, 50, berkata penduduk yang terjejas bekalan air adalah mereka yang tidak dapat memasang telaga tiub di rumah.

“Bayangkan air kuning sebegini keluar ketika ahli keluarga berkumpul. Hendak mandi, memasak dan membasuh pakaian pun sukar.

“Apa lagi bagi mereka yang mengadakan rumah terbuka semasa hari raya, hal sebegini sangat menyusahkan pengguna,” dia dilaporkan berkata.

Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mendakwa bagi mengatasi masalah itu, kerja mencuci atau penyentalan paip perlu dilakukan.

“Punca air kuning ini disebabkan keladak terkumpul. Hanya aduan diperlukan dan kerja penyelenggaraan sudah dimulakan sejak akhir Jun lalu,” pengarah eksekutif AKSB Sanusi Othman dipetik berkata.

Gangguan bekalan air dilaporkan berlaku di sekitar Kota Baru, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Pasir Tumboh, Melor dan Ketereh.

- The Malay Mail
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Air Paip Kelantan Tak Layak Dibuat Minum Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman