Sunday, July 10, 2016

Anak Hilang Dua Bulan Tak Balik Raya

Johari Seman     6:27:00 PM    

ROMPIN - "Baliklah. Mak tak marah. Apa pun keadaan Along mak terima dan maafkan. Mak risau keadaan Along," rayu seorang ibu terhadap anaknya.

Haslinda Hashim, 40, seorang peneroka Felda berasal dari Felda Keratong 3 merayu anaknya Nor Soleha Abdul Rahim pulang ke pangkuan keluarga dipercayai keluar rumah sejak dua bulan lalu.

"Dia langsung tak kirim khabar berita. Telefon bimbit pun ditutup. Masa dia keluar rumah dia bawa telefon neneknya. Kali terakhir orang nampak di stesen bas. Dia tinggalkan motosikal di suatu tempat dan dipercayai naik bas ke suatu lokasi lain.

"Sebab itu saya fikir dia ikut kawan lain. Dia keluar rumah seorang diri. Tak mungkin dia pergi ke mana-mana seorang diri. Mungkin ada yang dah tunggu dia selepas dia turun bas," katanya kepada Sinar Harian.

Nor Soleha disedari hilang sejak 30 April lalu sekitar jam 7 pagi. Satu laporan polis telah dibuat susulan kehilangan remaja itu.

Remaja tersebut merupakan anak sulung dari dua beradik dan berperwatakan pendiam. Pencapaian akademiknya baik dan tidak menunjukkan tanda-tanda memberontak sebelum kehilangannya.

Aidilfitri disambut pilu tanpa khabar berita Nor Soleha menyebabkan Haslinda nekad menemui pemberita. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang gadis ini diminta menghubungi Haslinda di talian 019-9853701.

-Sinar Harian

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .