Banyak Parti Pembangkang BN Bertambah Kukuh - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » » Banyak Parti Pembangkang BN Bertambah Kukuh

KEBELAKANGAN ini banyak perkahabaran parti baru akan mncul bertujuan menentang Barisn Nasional yang tidak pernah tergugak walaupun majoriti kerusi semakin berkurangan.

Begitu pun Barisan Nasional tetaplah sebagai parti pemerintah yang kekal memerintah sejak sekian lama.

Pembangkan sepatutnya menumpukan kepada penyatuan blok pembangkang yang ada termasuk di Sabah dan Sarawak  dengan cara meumbuhkan satu parti induk sebagaimana Barisan Nasional.

Jika itu dapat dilakukan kedudukan pembangkang lebih digeruni lawan dan kawan di pentas politik tanah air.

Pembangkang tidak ada tokoh penyatuan sebagaimana UMNO yang berusaha menyatukan MCA,MIC dan Gerakan serta parti lain di Sabah dan Sarawak kedalam satu barisan yang dinamai Barisan Nasional.

Hari ini kepelikan terlalu jelas berpihak kepada pembangkang yang hebat bercakap dipentas-pentas politik sehingga pada satu ketika dapat memerintah beberapa negeri .

Tapi sayangnya atas nama parti yang bertanding berdasarkan majoriti siapa yang lebih dan mengikut undang-undang tubuh negeri yang bersultan.

Selangor kerajaan yang ditadbirkan atas nama parti apa?,kalau bukan nama PKR yang lebih popular,sedangkan kerajaan Selangor ditadbir oleh tiga parti iaitu DAP,PAS,PKR.

Sekiranya kesemua parti pembangkang berada dalam barisan berdaftar sebagaimana Barisan Nasional sudah tentu negeri yang ditadbir oleh pembangkang bukan dikenali atas nama PAS,PKR,DAP.

Selangor dikenali sebagai kerajaan pimpinan PKR kerana menteri besar negeri itu dari PKR,begitu juga Kelantan yang diketahui umum bahawa negeri itu dibawah ditadbir PAS dan sama juga dengan Pulau Pinang yang disebut negeri tadbir DAP.

Kalau pakatan pembangkang yang dahulunya Barisan Alternatif(BA),Pakatan Rakyat (PR) boleh lebur ditangan pemimpin pembangkang sendiri,tidak mustahil Pakatan Harapan(PH) yang baru bersalin dari perut DAP dibantu potong tali pusat oleh PKR juga turut bernasib seperti  BA dan PR.

Kini pastinya sukar untuk blok pembangkang bersatu dan bertanding diatas satu tiket sebagaimana Barisan Nasional hari ini walaupun mantan Perdana Menteri selama 22 tahun tubuh parti baharu.

Kelantan diperintah PAS sejak 90an,Pula Pinang pula sejak dah berapa kali PRU dimonopoli DAP,dan keputusan PRU 14 nanti juga diyakini Kelantan masih dimiliki PAS begitu juga dengan DAP akan mengekalkan Pulau Pinang dibawah pentadbirannya.Manakala Selangor dijangka pulang kepada kuasa Barisan Nasional jika PAS cabut lari dari berciuman dengan PKR.

Kedudukan Selangor sekarang bergantung penuh kepada kerusi yang dimenangi PAS bagi mempertahankan kuasa pembangkang selepas keputusan PRU 14 memandangkan Barisan Nasional tidak berdaya bersaing untuk menumbangkan kerusi yang dimenangi PKR,DAP dan PAS dalam jumlah majoriti yang boleh kembalikan Selangor di perintah Barisan Nasional.

DAP dijangka kehilangan beberapa kerusi sekurang-kurangnya 1 atau 2 manakala PKR pula dijangka kehilangan 2 atau 3 kerusi terutamanya dikawasan kemenangannya dahulu dibantu penggundi PAS.

Parti Amanah Negara (PAN) dijangka tidak dapat mempertahankan kerusi yang ditandingi atas tiket PAS di Selangor sekurang-kurang 50%.

Segala jangkaan ini ada mungkin benar berlaku atau hanya 50 peratus tepat,namun mengikut pandangan beberapa pejuang  politik lama ia tidak mustahil berlaku berikutan PAN tidak pernah memiliki sebarang kerusi walaupun menghadapi PRN Sarawak,PRK  Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Walaupun PAN berbangga memperolehi undi lebih besar daripada PAS di Sungai Besar,ia tidak bermakna ditempat lain di semenanjung PAN memperolehi undi besar sebagaimana di Sungai Besar berikutan kawasan pilihan raya peratusan besar kawasan majoriti pengundi campur-campur dan Melayu.Cuma ada beberapa kawasan sahaja majoriti bangsa Cina campur kaum India.kawasan itu kebanyakan telah dimenangi DAP.

Blok pembangkang yang ada hari ini tidak mungkin dapat menumbangkang Barisan Nasional selagi bertanding diatas tiket masing-masing.

Rakyat sudah lama sedar pakatan pembangkang yang ada hanya wujud bagi menyatukan majoriti kemenangan untuk mentadbir sesebuah negeri sebagaimana yang berlaku di Selangor.

Pakatan pembangkang yang bertanding diatas tiket masing-masing mudah berpecah dan buktinya sudah berlaku kepada Pakatan Rakyat sebelum lahirnya Pakatan Harapan yang dipercayai akan mengalami nasib serupa.

Keadaan hari ini pembangkang tidak mungkin bersatu atas satu tiket setelah DAP dan PAS dapat merasai nikmat pemerintahan atas nama sendiri,manakala PKR hanya parti yang diberi kesian belas oleh PAS dan DAP bagi mengecapi kerusi menteri besar.

Tak mungkin DAP dan PAS rela berkorban demi sebuah pakatan baru sebagaimana Barisan Nasional kerana selesa dan gah dengan pentadbiran atas nama parti masing-masing.

Oleh itu banyak parti baru ditubuhkan untuk menumbangkan Barisan Nasional ia tidak memberi lebih besar kesan kepada parti yang sudah lama memerintah negara ini.

Sepatutnya pembangkang sudah lama ada satu pakatan yang membolehkan mereka bertanding diatas satu tiket yang dilihat lebih kuat daripada pakatan pakatan yang telah hancur ditangan sendiri itu.


«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,