Berhala Hindu Dicemari Najis - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » Berhala Hindu Dicemari Najis

GEORGE TOWN-Tiga patung berhala Hindu di kuil Sri Muneeswarar di Jalan Tengku Kudin di sini didapati dirosakkan awal hari ini.

Ketua polis saerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata patung berhala yang didapati dirosakkan itu terdiri daripada dua patung dengan kepala ular dan satu lagi dengan kepala gajah.

Kerugian dianggarkan lebih RM1,000.

Dalam kenyataan hari ini, Mior Faridalatrash berkata tukang kebun kuil itu mendapati patung berhala itu dicemari najis ketika dia datang untuk membersihkan patung berhala berkenaan kira-kira 5.30 pagi.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan mana-mana golongan.

Ini merupakan insiden keempat patung berhala di kuil Hindu dirosakkan dengan sengaja, yang dilaporkan dalam tempoh dua bulan, insiden pertama berlaku di kuil Hindu di Estet Penanti, Ara Kuda pada awal Jun. ― Bernama


«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,