Bolehkan Umno Tawan Selangor Dalam Keadaan Cawangan Sedang Tidur? - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Saturday, July 9, 2016

Bolehkan Umno Tawan Selangor Dalam Keadaan Cawangan Sedang Tidur?

TAN SRI NOH OMAR yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor diberi kepercayaan penuh oleh beberapa pemimpin tinggi parti Melayu terbesar negara untuk mengembalikan negeri terkaya di Malaysia kepada Barisan Nasional pada PRU 14.
Terbaru Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim menyatakan keyakinannya kepada Noh Omar.

Irmohizam percaya Noh Omar akan memberi fokus pada penduduk kawasan bandar bagi merampas kembali pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan.

Dengan mengambil contoh kemenangan PRK Sungai Besar yang di bantu oleh seluruh jentera Barisan Nasional seluruh negara.Irmohizam berkata:Sedikit banyak pendekatan berkenaan ada kena mengena dengan strategi yang diguna pakai di Sungai Besar kerana kawasan berkenaan menjadi kayu pengukur pada kejayaan BN.

Menurut perbualan kedai kopi sesama orang-orang UMNO pula jauh berbeza dengan keyakinan yang ditonjolkan oleh beberapa pemimpin tinggi UMNO.

"Mereka ini merupakan akar umbi penentu kalah menang Barisan Nasional pada setiap PRU,namun tahap keyakinan kepada Noh Omar belum masuk dihati mereka.

"Menceritakan perbualan antara penulis dengan puluhan orang UMNO di Selangor iaitu,Puchong,Shah Alam,Seri Kembangan,Klang,rata-rata tahap keyakinan kepada Noh Omar yang dikatakan ada strategi untuk merampas Selangor masih lagi ditahap rendah.

Puncanya,gerak kerja yang ditunjuk oleh UMNO Bahagian tidak bersepadu dan tidak menepati sasaran terutamanya kepada orang muda.

Boleh dikatakan program yang diadakan setiap UMNO Bahagian di Selangor mendapat sambutan dikalangan muka sama dan boleh di nilai sebagai program syok sendiri.

Pengukuhan dan kekuatan UMNO pada jentera bawahan
1-UMNO negeri perlu melihat kepentingan pengukuhan jentera parti dan perpaduan dikalangan jentera sebagai sumber kekuatan untuk menghadapi sebarang pilihan raya.

2-Gerakan keseluruhan pemimpin cawangan supaya aktifkan program kemasyarakatan dengan menerapkan nilai-nilai keadilan dan keharmonian hidup bermasyarakat dengan sentiasa menziarahi satu sama lain tanpa mengira fahaman politik.

3-Bantuan kepada mereka yang memerlukan harus dilakukan tanpa memilih siapa yang mereka sokong.

4-Dikalangan pemimpin cawangan ,Ketua Cawangan,Wanita,Pemuda,Puteri sewajarnya sentiasa bersama masyarakat ketika majlis kenduri serta mengambil bahagian untuk membantu.

5-Sentiasa mengambil tahu perkembangan masyarakat sama ada,sakit,kematian,dan sebagainya dengan cara menziarahi dan bertanya khabar.

Lima pekara diatas merupakan harapan orang-orang UMNO bawahan ketika berbual dengan mereka seminggu sebelum umat Islam menyambut Ramadan.

Orang-orang UMNO bawahan beranggapan apa pun strategi yang dilakar bagi menawan Selangor tidak akan berkesan sekiranya pemimpin diperingkat cawangan masih tidur.

Menurut kebiasaannya,setiap program yang dilakukan dalam cawangan memerlukan kos yang besar.Jika cawangan yang ada ahli UMNO 600 orang ia agak sukar untuk menjemput kesemua ahli berikutan kos kecil,makanya setiap kali program akan dihadiri oleh orang-orang sama juga.

Istilah baru yang digelar adalah program syok sendiri kerana asyik-asyik dihadiri muka sendiri.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Bolehkan Umno Tawan Selangor Dalam Keadaan Cawangan Sedang Tidur? Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman