Harga Minyak Naik Lima Sen Bermula 1 Julai - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Friday, July 1, 2016

Harga Minyak Naik Lima Sen Bermula 1 Julai

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel bagi bulan Julai masing-masing naik sebanyak 5 sen berkuat kuasa tengah malam Khamis.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron, Datuk Alang Zari Ishakketika mengesahkan kenaikan itu, berkata harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter manakala harga runcit bagi RON97 ialah RM2.10 seliter (termasuk GST 6 peratus).

"Harga runcit bagi diesel pula naik 5 sen kepada RM1.60 seliter," katanya kepada Bernama.

Harga runcit petrol sejak April lalu adalah RM1.70 seliter bagi RON95,RM2.05 bagi RON97 manakala diesel dijual dengan harga RM1.55 seliter.

Peningkatan harga ini adalah yang pertama sejak April lepas
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Harga Minyak Naik Lima Sen Bermula 1 Julai Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman