Hina Aidilfitri KOR MING Dilapor Polis - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Saturday, July 9, 2016

Hina Aidilfitri KOR MING Dilapor Polis

AKU BLOGGER atas pagar amat menyokong tindakan NGO yang telah membuat laporan polis terhadap NGA KOR MING berikutan tindakan beliau memuat naik karikatu menghina sambutan Aidilfitri di Facebook pada rabu lalu.

Laporan polis dibuat oleh Kelab Warisan Malaysia (KERIS) dan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) di Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Utara (IPDSPU) di sini, pagi tadi.

Setiausaha Agung KERIS, Azman Hassan, berkata tindakan Kor Ming itu jelas mempersendakan Aidilfitri berikutan karikatur itu menyamakan pemberian duit raya sebagai dedak.

"Kita mahu pihak polis menyiasat niat sebenar Kor Ming yang menyamakan pemberian duit raya sebagai dedak. Pemberian duit raya adalah amalan sedekah, selain menggembirakan hati kanak-kanak.

"Kor Ming sepatutnya tahu batas untuk berpolitik, jangan sampai menghina agama orang lain," katanya kepada pemberita, hari ini.
Aku berharap sangat pihak polis menyiasat apa tujuan sebenarnya KOR MING melakukan pekara itu kalau tidak bertujuan menghina perayaan orang Islam.

Melayu Islam sedarlah bangsa yang tak reti bersyukur dengan nikmat keamanan sedang mencari masalah dengan menghina perayaan yang disambut orang-orang Islam.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Hina Aidilfitri KOR MING Dilapor Polis Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman