Kecewa Baik Pulih Rumah Tanpa Pintu Bilik - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Saturday, July 9, 2016

Kecewa Baik Pulih Rumah Tanpa Pintu Bilik

Rumah Yang Dibaik Pulih
SABAK BERNAM - Sebuah keluarga di Parit 5 1/2 Barat, Sungai Besar, di sini, kecewa dengan kerja baik pulih rumah mereka yang didakwa tidak sempurna.

Musa Mat Amin, 56, berkata, terdapat keretakan yang banyak pada dinding rumah hingga mengundang rasa takut mereka sekeluarga.

“Saya dan keluarga tak tidur lena setiap malam sebab bimbang dinding atau lantai rumah runtuh,” katanya.

Menurutnya, permohonan baik pulih yang diluluskan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Julai tahun lalu itu meliputi pembinaan sebuah bilik, namun hairan ia tidak dilengkapi pintu bilik.

Katanya, seorang anak perempuannya yang berkahwin dan menetap bersamanya terpaksa berkongsi bilik dengan seorang adik lelakinya berusia 13 tahun.

“Rumah ini asalnya dulu satu bilik dan kemudian saya mohon zakat (LZS) untuk tambah satu lagi bilik. Bila dah siap, tengok bilik ni tak berpintu.

“Saya tanya kontraktor, dia kata bajet tak cukup, saya pun tak tahu berapa peruntukan kerja baik pulih yang diluluskan sebab saya mohon zakat sebanyak RM25,000,” katanya.

Malah, katanya, sistem pendawaian elektrik yang dipasang di rumahnya itu juga tidak diselenggara dengan baik.

Musa memberitahu, masalah itu telah diajukan kepada LZS, namun masih tiada sebarang tindakan diambil.

“Saya harap LZS prihatin terhadap masalah kami dan minta mereka pantau setiap projek baik pulih rumah yang dilaksanakan kontraktor bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, LZS ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu, akan menyiasat dan membuat kenyataan berhubung aduan itu dalam waktu terdekat.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Kecewa Baik Pulih Rumah Tanpa Pintu Bilik Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman