Tuesday, July 12, 2016

Kepala Haji Hadi Semakin Berat Dah,

Johari Seman     8:58:00 PM    

Barat sangat dah kepala Haji Hadi sehingga dia buat bayangan bahawa PAS parti yang bersih dan suci lagi menyucikan,tak der rasuah termasuk di negeri Kedah dan Terangganu semasa PAS perintah.Kelantan pun bersih dari rasuah juga sebab PAS perintah.

Apakah Haji Hadi ingat bila kes rasuah diheret ke mahkamah baru dikira berlakunya rasuah dalam sesebuat kerajaan?.

Tapi Haji Hadi tak sebut pun PKR,ye lah sebab PAS dan PKR masih lagi dalam bakul yang sama,kalau ada gaduh pun itu biasalah adik beradik tiri..ha ha ha




MALAYSIA DATELINE
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan syukur kerana sehingga kini, pentadbiran negeri di bawah parti itu di Kelantan, Kedah serta Terengganu sebelum ini, tidak terbabit dengan kes-kes rasuah.

“Yang tak ada kes Pas. Alhmdulillah, orang lain ada kes. Pemimpin Pas Kelantan tak ada kes, kita memerintah Kedah, Ustaz Azizan tak ada kes.

“Yang ada kesnya Umno dan sekarang DAP pun ada kes,”kata Hadi ketika bercakap dengan pihak media di rumahnya pada Jumaat 8 Julai semalam.

Hadi dipercayai menghalakan dakwaannya itu kepada kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah atas dakwaan rasuah sekarang ini.

Sebelum ini, Hadi berkata, Guan Eng tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .